Berita gembira buat semua peminat Blackpink! Kumpulan K-Pop popular ini akan mengadakan konsert secara maya tidak lama lagi.

Memetik laporan Variety, pihak YouTube Music telah mengumumkan konsert livestream tersebut akan diadakan pada 27 Disember ini.

Konsert yang dinamakan The Show itu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Blackpink dan akan menampilkan persembahan pertama dari lagu-lagu dalam The Album yang dilancarkan Oktober lalu.

"Kami mahu tutup tahun ini dengan sesuatu yang sangat istimewa untuk peminat kami yang sudah lama menanti.

"Kami harap semua orang akan gembira dan selesa menikmati konsert livestream pertama kami di rumah masing-masing.

"Kami sangat teruja untuk berkongsi kegembiraan ini bersama Blinks (peminat mereka) dan kami tak sabar menunggu konsert itu," kata Blackpink dalam satu kenyataan.

Para peminat boleh membuat pembelian akses konsert The Show menerusi saluran YouTube Blackpink.

Sumber & Kredit Foto : variety.com