Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Blogger Mukbang’ Meninggal Dunia Selepas Lahap Ayam Goreng

Gempak
08/07/2024 21:55 MYT
Seorang pencipta kandungan melahap makanan ‘mukbang’ di Filipina meninggal dunia selepas makan ayam goreng bersama nasi, lapor saluran berita TNP kelmarin.

Meninggal akibat strok

Dongz Apatan, atau nama sebenarnya Manoy Apatan yang berusia 38 tahun itu disahkan meninggal dunia akibat serangan strok.

Manoy kali terakhir dilihat menerusi sebuah hantaran pada 13 Jun lalu, memaparkan dirinya menikmati sejumlah besar ayam goreng yang dimakan bersama nasi.

Menurut adik perempuannya, Leah Apatan, dia mengalami serangan jantung kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Terdapat banyak komen yang mengatakan Manoy layak mati kerana tamak, tetapi itu hanya sekadar kandungan.

“Dia sebenarnya tidak makan banyak dan dia juga tidak menghabiskan makanannya. Manoy tidak tamak, malah sering membantu orang lain,” kata Leah.

ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story


Sementara itu, pakar jantung, Tony Leachon berkata kematian lelaki itu berpunca daripada strok hemoragik.

“Menurut pakar yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darah meningkat dan saluran darah di otak pecah.

Ia berpunca daripada makanan kandungan tinggi garam dan pengambilan daging. Jika melakukannya setiap hari, saluran darah di dalam otak akan tersumbat,” kata Tony.

Manoy Apatan mempunyai lebih 457,000 pengikut di laman Facebook dan aktif berkongsi videonya menikmati hidangan bersaiz besar.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi
#makan #Goreng #Ayam #Meninggal #Mukbang
;