Laman Utama

Body Ketak-Ketak Walau Dah 49 Tahun, Steve Yap Kena Ngorat Netizen - "Do You Need A Wife?"

Amri Hassan
06/08/2021
09:20 MYT
Pelakon Steve Yap terkejut apabila akaun TikTok miliknya tiba-tiba dihujani dengan tontonan dan komen ramai.
Rupa-rupanya, Steve, 49, baru-baru ini ada berkongsi tips diet yang diamalkannya untuk kekal cergas, sihat dan pada masa sama mengekalkan bentuk tubuh yang menawan.
"Uncle terperanjat tiba-tiba ramai peminat dan banyak komen. Uncle terharu, terima kasih sangat.
"Ramai yang tanya umur uncle, uncle 49 tahun... Dan ada juga yang kata segan nak panggil uncle, nak panggil daddy ke abang ke, Steve pun boleh. Umur tu hanya satu nombor," kata Steve.
Berkongsi tips dietnya, kata pelakon drama Ahli Bapak Bapak Club itu dia mengurangkan pengambilan gula dan mengawal karbohidrat dalam makanannya.
"Ramai yang tanya bagaimana uncle jaga diet. Sebenarnya senang je, uncle kurangkan pengambilan gula. Maksudnya bila uncle minum kopi atau teh, mesti kurang manis. Lagi baik kosong!
"Lagi satu paling penting, jangan ambil minuman ringan. Jangan! Sirap bandung tu sedap uncle tahu, tapi kalau nak maintain berat badan jangan ambil gula.
"Selain itu, kurangkan pengambilan karbohidrat maksudnya roti canai, nasi lemak. Uncle tahu itu susah sebab sedap, uncle pun suka. Uncle pun makan. Tapi itu tak apa, bila kita bersenam itu akan dibakar.
"Gula adalah segala punca penyakit," jelasnya yang turut mengamalkan intermittent fasting.
@steveylc
Uncle share cara diet plan♬ original sound - Steve Yap Sebenarnya lebih melucukan apabila Steve dihujani dengan komen-komen nakal dari netizen termasuk yang menawarkan diri untuk menjadi isterinya.
"Uncle, i'm 23 turning 43 next year, do you need a wife?"
"Uncle I can speak Mandarin, you impressed?"
"Uncle do you need a granddaughter?"
"Wah muka uncle macam John Wick lah.
"Saya terbayang kalau dapat trim rambut uncle, buang misai, buang janggut auto Hero Remaja," tulis sebahagian pengguna.
Jawab Steve; "Kebanyakan komen memang kelakar, you guys make me laughing."
Bagi yang ingin menonton Ahli Bapak-Bapak Club yang dibintangi Steve, Aiman Hakim, Luqman Hafidz, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi, boleh saja strim di portal Gempak, aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan lebih fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Dedah Sikap Sebenar Pramugara Tular Wajah Awet Muda Usia 60 Tahun - “Baik & Murah Dengan Senyuman”

gempak
04/07/2024
07:00 MYT
Seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjadi tular baru-baru ini disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Berita

Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

gempak
04/07/2024
04:55 MYT
Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan menjalankan aktiviti persundalan dalam pondok di sebuah kebun sawit, bulan lalu.
Hiburan

Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih

gempak
04/07/2024
01:55 MYT
Pelakon, Sophia Albarakbah mendedahkan kriteria pemilihan calon suami idamannya.
Hiburan

Kes Rogol: Da'i Syed Tarik Balik Rayuan

gempak
04/07/2024
01:52 MYT
Pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkannya membela diri atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Apa Rasa Makan Kulit Durian Cicah Sambal Merah? Aksi Berselera Lelaki Ini Ditonton Lebih 4.5 Juta Kali!

gempak
03/07/2024
21:33 MYT
Lain macam brader ni makan kulit durian...