Hiburan
"Bola Menghempas Dengan Slumber Kat Muka Sis" - Rahang Dira Senget Gara-Gara Bola Baling
Pelakon Dira Abu Zahar mendedahkan struktur wajahnya terutama bahagian rahang dalam kedudukan senget gara-gara aktif bermain bola baling ketika zaman remaja.
Kata Dira, kerana kecederaan itu dia pernah cuba untuk membetulkan keadaan rahangnya namun hasrat itu dibatalkan.
"Ya, rahang saya sebenarnya sedikit senget sebab hasil daripada bersidang di padang bola baling.
"Bola menghempas dengan slumber kat muka sis dan rahang sis macam lari ke Lombok kejap.
"Sebenarnya saya sering terlibat dengan bola baling. Sekolah perempuan kan... Itu dulu sekarang ni tak payah tanya, pemalas apabila bab bersukan.
"Ada cubaan nak betulkan tapi macam sudah okey je biarkan sajalah," kongsi Dira menerusi akaun Instagramnya.
Biarpun mendedahkan perkara terbabit, peminat setia Dira tetap mengagumi kecantikan alami pelakon filem Chow Kit itu.
Malah, ada dalam kalangan peminatnya yang cuba menawan hati Dira yang kini berstatus ibu tunggal selepas penceraiannya dengan bekas suami tiga tahun lalu.
Must-Watch Video