Umum tahu, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan majlis sosial di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Ini adalah berita baik untuk bakal pengantin yang sudah beberapa kali terpaksa menangguhkan majlis disebabkan pertambahan kes harian Covid-19.

Pasangan selebriti semestinya juga tidak akan melepaskan peluang untuk melangkah ke gerbang perkahwinan dan membuat majlis mengikut garis panduan dan operasi standard (SOP).

Di sini, Gempak kongsikan empat selebriti yang bakal berkahwin dalam masa terdekat ini:

1. Ashira Aziz dan Bad Indigo



Bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan ini.

Ketika dihubungi pada 30 Januari lalu, Ashira berkata mereka membuat keputusan untuk melakukan syarat wajib dahulu iaitu akad nikah dan diikuti dengan majlis resepsi yang dijangka pada bulan Jun.

2. Risteena dan Isa Khan



Selepas terpaksa menangguhkan perkahwinan pada 20 November 2020, Risteena berkongsi berita gembira apabila bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Isa Khan pada bulan ini.

Walaubagaimanapun, Risteena enggan mendedahkan tarikh perkahwinan dan akan dikongsikan dalam tempoh terdekat kepada umum.

3. Neelofa dan PU Riz



Pasangan selebriti ini pernah dilanda kontroversi panas selepas hubungan mereka berantakan pada Disember lalu.

Memetik temu bual pada 28 Januari lalu, Neelofa mengesahkan hubungan dia dan PU Riz berada dalam keadaan baik.

Malah katanya, mengenai maklumat perkahwinan akan dikongsikan tidak lama lagi.

4. Syamel dan Ernie Zakri



Pasangan duo ini sepatutnya disatukan sebagai suami isteri sejurus selepas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Namun, kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.

Syamel dan Ernie terpaksa reda dengan keputusan kerajaan melaksanakan PKP 2.0 sejak 13 Januari yang sekaligus menyebabkan AJL35 ditunda dan juga majlis perkahwinan mereka.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan bila majlis Syamel dan Ernie akan diadakan.

Gempak doakan semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua.