Bagi pemilik kenderaan, menghulurkan kunci pada tukang cuci kereta merupakan satu hal yang normal. Bahkan, ada yang ‘berani’ meninggalkan kereta tanpa pengawasan dan hanya menuntut kembali kenderaan selepas ia selesai dicuci.

Bayangkan situasi ini - anda meninggalkan kereta anda untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta. Namun, sekembalinya anda ke pusat cuci kereta itu, kereta anda telah hilang.

Rupa-rupanya, kakitangan pusat cuci kereta itu telah tersalah memberikan kunci kereta anda kepada orang lain, dan anda sudah tidak boleh lagi menjejaki di mana kereta kesayangan anda berada.

Adakah anda boleh membuat tuntutan insurans berdasarkan situasi di atas?

Dalam kebanyakan kes, syarikat insurans kereta tidak akan membayar pampasan bagi kehilangan kenderaan akibat kecuaian pemilik. Perkara ini sering dinyatakan dalam polisi.

Walaupun benar bahawa pelan komprehensif menawarkan perlindungan terhadap kecurian kenderaan, ia hanya terpakai pada situasi di luar kawalan pemilik. Contohnya, kereta anda yang diletakkan tiba-tiba hilang dari tempat letak kereta pusat beli-belah.

Tetapi seperti dalam kes ini, pemilik kenderaan dengan rela memberikan kunci kereta kepada seseorang menunjukkan bahawa anda sedar tentang risiko dan akan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada kenderaan anda selepas itu.

Jadi, sekiranya berlaku kecurian, syarikat insurans akan mengenal pasti kerugian akibat kecuaian dan menolak tuntutan tersebut.

Jadi, apakah yang anda boleh lakukan?

Malangnya, tiada apa yang boleh dilakukan jika kereta anda hilang di tempat cuci kereta. Selain melaporkan kejadian itu kepada polis, ini beberapa langkah untuk mengelakkan kejadian kehilangan kereta di pusat cuci kereta:

-Pergi ke pusat cuci kereta yang boleh dipercayai
-Dapatkan resit sebagai dokumen bertulis
-Tunggu dan awasi kenderaan anda yang sedang dicuci
-Ambil gambar kenderaan jika anda ingin ke tempat lain

Sumber: Bjak

BACA: Pernah Tak Kereta Anda Tersengguk-Sengguk Ketika Pedal Minyak Ditekan? Ini Sebabnya…​

BACA: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta... Tak Payah Belanja Mahal Pun