Laman Utama
Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta… Tak Payah Belanja Mahal Pun!
Umum mengetahui yang sekarang merupakan musim durian. Ke mana sahaja kita pergi, pasti kelihatan beberapa gerai durian yang dibuka di tepi jalan, sama ada dihidangkan untuk dimakan di situ atau di bawa pulang ke rumah.
Namun, dilema ‘hantu durian’ sudah semestinya bau buah tersebut yang akan melekat dalam kereta saat ingin dibawa pulang. Runsing memikirkan cara untuk menghapuskan bau yang kurang enak?
Lelaki ini berkongsi tips yang mudah untuk diikuti:
1. Tutup aircond, sebab kalau tak, bau durian melekat dalam condensor dan filter aircond.
2. Ambil surat khabar, jadikan dalam empat hingga lima kepul, celup air dan perah. Biar ia lembab, bukan basah kuyup. Campakkan dalam boot dan dalam kabin untuk semalam dua.
Insya-Allah, hilang bau sebab air dengan carbon ink pada fibre kertas surat khabor tu akan secara aktif tarik molekul bau tu ke kertas basah.
BACA: "Kerana Ia Mengundang Fitnah" - JHEAT Beri Nasihat Kepada Duda Sado Jual Durian Tak Pakai Baju
“Hanya kertas surat khabar tau. Saya cuba kertas lain, tak jadi.
“Tapi bau muntah, terutama muntah susu tu, susah nak hilangkan, terutama bila kau biarkan dia dan parking tengah panas,” katanya.
Sumber: Twitter Hazeri Samsuri
Kredit foto: Automology
Must-Watch Video