Laman Utama
Pernah Tak Kereta Anda Tersengguk-Sengguk Ketika Pedal Minyak Ditekan? Ini Sebabnya…
Sebagai pemilik kereta, pasti anda pernah mengalami situasi di mana kenderaan anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan.
Namun, apakah penyebab kepada masalah ini? Adakah masalah berkenaan sukar untuk diselesaikan?
Ini beberapa kemungkinan yang anda perlu tahu sebelum membawa kereta kesayangan ke bengkel berdekatan:
Mungkin spark plug rosak
Spark plug atau palam pencucuh yang sudah rosak mungkin menjadi punca mengapa kereta anda tersengguk-sengguk ketika pedal minyak ditekan. Hal ini disebabkan percikan (spark) yang terhasil semakin lemah dah menyebabkan pembakaran udara atau bahan api menjadi tidak sempurna.
Mungkin penapis bahan api tersumbat
Apabila kita menggunakan fuel filter atau penabis bahan api terlalu lama, ia boleh mendatangkan masalah memandangkan penapis ini boleh tersumbat dan sekaligus mengakibatkan masalah kereta semput.
Mungkin fuel injector gagal berfungsi
Salah satu sebab kenapa kereta anda tersengguk-sengguk adalah kerana fuel injector yang sudah kotor, tersumbat dan kesukaran injector itu sendiri untuk dibuka dan ditutup.
Mungkin ada masalah pada distributor
Masalah ini sering berlaku tanpa mengira sama ada ia adalah distributor mekanikal mahupun elektronik.
Mungkin air filter tersumbat
Air filter yang digunakan terlalu lama boleh menyebabkan ia tersumbat. Keadaan ini juga menyebabkan berlakunya peningkatan pada penggunaan bahan api.
Must-Watch Video