Laman Utama
"Boleh Saya Tau Atau Dapat Gambaran Siapa Yang Hantar ..." - Isteri Aman Ra Beri Bayangan Mereka Disihir?
Isteri kepada penyanyi rap popular Aman Ra iaitu Natiqah Rahmat seakan memberi bayangan dia dan suaminya telah disihir oleh dua orang perempuan.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Natiqah memuat naik tangkapan skrin perbualan bersama wanita yang dipanggil dengan gelaran 'mama'.
Berdasarkan posting itu, turut diperincikan peratus sihir, kawasan disihir, kesan dan simptom ketika rawatan.
Dalam pada itu, Natiqah tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih atas doa dan semangat yang telah diberikan sepanjang dia menghadapi kemelut.
"Terima kasih semua untuk doa-doa dan kata semangat. I can’t thank enough. Saya sangat sangat hargai. Untuk saya doa tu besar sangat hadiah dari anda semua.
"Saja nak kongsi, pendapat kita berdasarkan apa pengetahuan yang kita ada. Ada yang melalui pengalaman sendiri. Ada yang melalui pemerhatian.
"Apapun, takda yang salah takda yang betul. Setiap pendapat pasti ada kebaikan yang cuba disampaikan. Semoga sama-sama ambil untuk jadi lebih baik okey," tulisnya.
Sebelum ini, Natiqah mendakwa rumah tangga mereka dipercayai berantakan selepas suaminya tertangkap menjalinkan hubungan dengan wanita luar.
Dakwa Natiqah lagi, suaminya sudah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.