Laman Utama

Wanita Dipercayai Isteri Penyanyi Rap Mengamuk, Tuduh Suami Ada Skandal? - "Kau Dah Lafaz Cerai 4 Kali Sebab Sund*l Kau"

gempak
Amri Hassan
08/02/2021
16:25 MYT
Sponsor Banner
Wanita Dipercayai Isteri Penyanyi Rap Mengamuk, Tuduh Suami Ada Skandal? - "Kau Dah Lafaz Cerai 4 Kali Sebab Sund*l Kau"
Seorang wanita dipercayai isteri kepada seorang penyanyi rap popular tampil membuat dakwaan berkenaan kisah skandal suaminya.
Menerusi kemaskini di Instagram Stories, rumah tangga mereka dipercayai mulai berantakan selepas tertangkap menjalinkan hubungan dengan wanita luar.
"Sembang kau, aku halau keluar dari rumah. Sebab aku tengok video kau memb*ntot betina sund*l kau.
"Dalam kereta luggage siap lengkap pakaian seluar dalam kau, berus gigi apa semua. Tak bawa masuk rumah sebab sebelum tu kau tinggalkan anak bini kau berminggu masa PKP nak jaga b*bi kau kat the fennel.
"Kesian dia dah tua tinggal seorang-seorang kan. Mak bapa tinggal kat Subang. Jauh sangat. Apalah sangat anak bini kau ni. Menyusahkan je nak bercinta-cinta," dakwanya.
Dakwa wanita berkenaan lagi, suaminya telah empat kali melafazkan cerai terhadapnya sebelum ini.
"Nak cakap aku jangan jadi isteri kurang ajar. Kau dah lafaz cerai 4 kali semua sebab sund*l kau.
"Sebab aku diam selama ni. Makin lama makin teruk. Bila aku bersuara. Aku yang salah. Kau buat aku macam musuh. Sebab aku tak nak layan sund*l kau, tak nak layan drama korang dua.
"Aku merayu melutut kat kaki kau. Aku belum habis pantang. Minta kau fokus kat keluarga ni anak-anak kecil lagi.
"Kau keluar 4 jam pergi the fennel cakap nak putuskan. Balik-balik kau bagitahu aku korang nak kahwin 10/8," dakwanya lagi.
Malah, dakwa wanita terbabit, suaminya sanggup meninggalkan keluarga yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya.
"Bila masa kau kena pilih satu keluarga kau tengah sakit sebab kau berjangkit demam sebab jumpa dengan sund*l kau yang baru touchdown Malaysia balik dari mengerjakan umrah, kau pilih pergi jaga dia.
"Tinggalkan anak-anak kau yang kecil ni dengan bini kau kat rumah tengah sakit-sakit.
"Oh not to mention sexting korang. Bila betin* kau tengah umrah depan Kaabah," dakwanya lagi.
Gempak masih cuba menghubungi penyanyi rap seperti yang didakwa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live