Viral
Bomba Potong Dua Cincin Tersekat Pada Kemaluan Lelaki
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi memotong dua cincin yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Kedah pada Sabtu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Aman Jaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung khidmat khas itu pada jam 2.12 petang.
BERITA TRENDING: Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari BBP Aman Jaya tiba di lokasi tidak lama kemudian."Sejurus tiba, pihak hospital memaklumkan seorang mangsa lelaki dewasa berusia 38 tahun mengalami masalah apabila dua cincin tersangkut pada kemaluannya.
"Tindakan yang dilakukan anggota bomba adalah menggunakan alat khas pemotong cincin untuk memotong sehingga selesai sepenuhnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Azahari berkata, operasi dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan mangsa mengalami kecederaan lebih serius.
"Bagaimanapun, lelaki itu mengalami luka di bahagian alat sulit dan menerima rawatan lanjut di hospital.
"Operasi tamat jam 3.10 petang," katanya.
BERITA TRENDING: Lelaki Minta Carikan Doktor Lepas Kemaluan Bengkak Disuntik Minyak Zaitun
BERITA TRENDING: Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Lepas Kemaluan Terpacak Tak Turun 3 Hari
BERITA TRENDING: Warga Emas Tahan Sakit 10 Minit, Cincin Tersekat Di Kemaluan
Sumber: Berita HarianMust-Watch Video