Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

Ainun
25/07/2024 16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, THE BOYZ ke Malaysia buat kali pertama.

Konsert "THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II” bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 7 September 2024, jam 3 petang.

THE BOYZ dianggotai seramai 11 ahli terdiri daripada Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric akan menggembirakan hati para peminat mereka yang dikenali sebagai The Bs.

Memenangi banyak anugerah berprestij


Selain itu, mereka juga telah memperoleh pelbagai anugerah dan berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu kumpulan K-Pop yang terkemuka dalam industri muzik. Antara anugerah yang pernah mereka menang adalah Asia Artist Awards (AAA), Golden Disc Awards, Seoul Music Awards, The Fact Music Awards, dan Melon Music Awards.

Konsert Jelajah


THE BOYZ telah memulakan konsert jelajah mereka bermula di Seoul, Korea Selatan dan diteruskan ke beberapa bandar di benua Eropah, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

BERITA TRENDING: Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

BERITA TRENDING: 2NE1 Bakal Comeback, YG Entertainment Kongsi Perancangan Konsert Jelajah Dunia Sepanjang 2024 & 2025

BERITA TRENDING: Oppa Handsome Lee Joon Gi Nak Datang Malaysia 22 September Depan! Ini Harga Tiket Serta Tawaran Eksklusif Yang Diberikan

BERITA TRENDING: Netizen Desak Jatuhkan ‘Hukum' Buat Jennie Blackpink Kerana Hisap Vape


Antara ibu kota yang terpilih adalah New York, Los Angeles, Bangkok, Macau, Osaka, Paris, London dan lebih banyak bandar akan diumumkan kemudian.

Pembelian Tiket


Bagi peminat yang ingin merasai pengalaman konsert "THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II IN KUALA LUMPUR", tiket akan mula dijual pada 30 Julai, jam 12 tengah hari di my.bookmyshow.com. Tiket bermula dengan harga RM 238.

Kepada peminat yang ingin membeli pakej Zon A akan berpeluang untuk menyertai acara hi-touch bersama THE BOYZ. Pembelian tiket terawal dialu-alukan kerana acara ini dijangka mendapat permintaan tertinggi.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini konsert, sila layari www.starplanet.com.my

#Konsert #Malaysia #Jelajah #The Boyz