,
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

Amri Hassan
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Michael Learns To Rock "Take Us To Your Heart" Tour in Malaysia dijadualkan akan menghibur peminat mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting pada hari Ahad, 10 November 2024 nanti.
MLTR yang dianggotai Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) akan mengubat kerinduan peminat menerusi lagu-lagu malar segar mereka seperti "That's Why (You Go Away)", "Paint My Love", “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.
MLTR yang ditubuhkan sejak 1988 antara kumpulan dari Aarhus, Denmark yang melakar sukses dengan prestasi bersih sepanjang karier.
Memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan, MLTR telah merakamkan sembilan album studio dan menjayakan lebih 800 pertunjukan.
Bersandarkan status emas dan platinum yang diperoleh di banyak negara, muzik Michael Learns To Rock masih dimainkan secara meluas di udara, melalui platform penstriman dan yang paling penting, pada masa yang sama membawa orang ramai bersatu, merentas masa dan demografi.
Tiket berharga RM968 (Zon MLTR), RM788 (VIP), RM668 (PS1), RM468 (PS2), RM268 (PS3) dan RM188 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 31 Julai, 12 tengah hari, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui mmic.bigtix.io, wgenting.com dan my.bookmyshow.com.

BERITA TRENDING: Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?

BERITA TRENDING: MLTR, Hanson Hadir di The 90's Festival

BERITA TRENDING: Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat

Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk pembelian tiket Zon MLTR dan VIP seperti berikut: Zon MLTR– RM968 (Faedah Peminat: Light Stick Eksklusif, Tag MLTR dan Gelang Tangan, Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.
VIP – RM788 (Faedah Peminat: Light Stick, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

"Macam Mana Boleh Kata Datuk Siti Tak Ada Job" - Anak Tiri Siti Nurhaliza Tampil Bersuara

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Sudah lumrah dalam kehidupan buat la kebaikan macam mana pun pasti ada yang tidak suka.