Hiburan

Brian Mcfadden Ubati Kerinduan Peminat, Bawa Semua Lagu Hit Westlife

Azwa Rahman
15/06/2019
14:18 MYT
Bekas ahli kumpulan Westlife, Brian Mcfadden mengubati kerinduan peminat apabila muncul sebagai penyanyi jemputan istimewa pada konsert Boyzone - Thank You & Goodnight Farewell Tour, malam tadi.
Brian membuka tirai persembahan tepat jam 8.30 malam dengan mendendangkan lagu popular Westlife, Swear It Again dan banyak lagu hit lain.
Berlangsung di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, semua penonton menjerit apabila penyanyi itu turun dari pentas dan berjalan menuju ke arah mereka.
Peminat tidak melepaskan peluang bersalam, bergambar dan merakamkan aksi penyanyi itu mempersembahkan dua lagu popular Westlife, My Love dan Uptown Girl bersama penonton di bawah.
McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife pada tahun 1998 dan menghasilkan album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.
Dia kemudiannya meninggalkan kumpulan itu tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dengan mengeluarkan single Real to Me, sebuah lagu dalam album solo debutnya bertajuk Irish Son.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT