Skip to main content

Budaya Popular

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

astrogempak_bts-jin-jadi-pembawa-obor-wakili-korea-selatan-di-olimpik-2024.jpg

Berita Jin, 31, didakwa akan menjadi pembawa obor di Olimpik Paris 2024 dilaporkan media tempatan termasuk koreaherald.com.

Jin yang menjadi anggota BTS pertama tamat menjalani wajib latihan ketenteraan akan berangkat ke Perancis untuk melakukan tugas besarnya membawa obor mewakili Korea Selatan.

Bagaimanapun sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi atau pengesahan tentang berita yang sudah membuat peminat Jin teruja.

Nyalaan obor temasya Olimpik 2024 bermula di Greece sebelum tiba di Perancis bulan lalu.

Ia akan berkelana lebih 400 lokasi di Perancis dengan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer sebelum tiba pada hari pembukaan Olimpik 2024 di Jardins du Trocadero di Paris pada 26 Julai depan.

Seramai 11,000 orang dijangka terlibat dalam larian obor berganti.
 

  

Selain Jin, antara selebriti lain yang akan menyertai larian obor Olimpik 2024 termasuk bekas pemain bola sepak Didier Drogba, bekas pemain bola keranjang Tony Parker, angkasawan dan individu penting lain.

Temasya Olimpik 2024 akan bermula pada 27 Julai sehingga 11 Ogos dengan lebih 15,000 atlet daripada 206 negara bertanding dalam 329 acara dari 32 jenis olahraga.

Must-Watch Video

Advertisement