Sukan

Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin

gempak
Gempak
02/07/2024
02:50 MYT
Sponsor Banner
Diberi Penghormatan Sebagai Pembawa Jalur Gemilang Di Olimpik Paris 2024, Ini Perkara Menarik Tentang Bertrand & Nur Shazrin
Penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif diberi penghormatan sebagai pembawa bendera Malaysia pada Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Sebab pilih Bertrand & Nur Shazrin

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemilihan kedua-dua atlet itu berdasarkan penampilan sulung dan berpengalaman beraksi pada temasya terbesar dunia tersebut.
“Selepas meneliti atlet yang disenarai pendek dan mengambil kira pelbagai faktor termasuk jadual pertandingan, Lembaga Eksekutif telah memilih Bertrand dan Nur Shazrin untuk membawa Jalur Gemilang semasa perbarisan atlet.
“Walaupun Bertrand dipilih berdasarkan penampilan sulung, Nur Shazrin adalah atlet berpengalaman yang akan membuat penampilan ketiganya. Dalam meraikan masa depan, kami menerima masa kini,” katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

BERITA TRENDING: Isu Baju Olimpik, MY Creative Moments Mohon Maaf Kelemahan Pelancaran Pakaian Rasmi Kontinjen Negara

BERITA TRENDING: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

Perkara menarik tentang Bertrand
Bertrand, atlet kelahiran Sarawak akan membuat debut penampilan sulung di temasya itu selepas menjadi atlet Malaysia pertama yang layak secara merit ke Paris pada Julai 2023.

Dia merupakan rakyat Sarawak keempat yang diberi penghormatan selepas Kuda Ditta (Olahraga) di Rome 1960, Bryan Nickson Lomas (Akuatik-Terjun) di Athens 2004 dan Datuk Pandelela Rinong (Akuatik–Terjun) di London pada edisi 2012.

Bertrand memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 tahun lalu.
BERITA TRENDING: Akur ‘Permintaan’ Netizen, MOM Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Rasmi Kontijen Negara Sempena Sukan Olimpik Paris 2024

BERITA TRENDING:Bekas Gimnas Negara ‘Kecewa’ Dengan Kenyataan Hamidin - “Kalau Dia Tahu…”

​BERITA TRENDING:Pakaian Rasmi Sukan Olimpik 2024 Dikritik, Hamidin: “Jika Warna Cantik Tak Dapat Emas, Tak Guna…”

Perkara menarik tentang Nur Shazrin
Pelayar kelahiran Johor, Nur Shazrin pula membuat penampilan ketiganya selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.

Nur Shazrin yang memenangi pingat emas di Sukan Asia Hangzhou, merupakan pelayar pertama dianugerahkan penghormatan membawa bendera semasa majlis perasmian.

Upacara perasmian dijadual diadakan di Sungai Seine dengan bot membawa para atlet bagi setiap delegasi negara.
Perarakan itu akan sampai ke penghujung laluannya sejauh enam kilometer di hadapan Trocadero, di mana unsur-unsur protokol Olimpik dan pertunjukan bakal berlangsung.
Kontinjen Malaysia setakat 1 Julai bakal dibarisi 25 atlet daripada lapan jenis sukan.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live