Hiburan

Buat Kejutan Hari Lahir Untuk Amar Baharin, Amyra Rosli Sambut Di Set Penggambaran

gempak
Zulaikha Yusof
02/07/2020
06:00 MYT
Sponsor Banner
Buat Kejutan Hari Lahir Untuk Amar Baharin, Amyra Rosli Sambut Di Set Penggambaran
Aktres cantik Amyra Rosli, 29, telah membuat kejutan sempena hari lahir suami tercinta, aktor Amar Baharin yang ke-35 semalam.
Amyra memilih untuk meraikan hari istimewa itu di lokasi penggambaran drama Ayat-Ayat Halal di Sungai Besar, Kuala Selangor.
Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, perjalanan untuk ke sana mengambil masa selama dua jam.
"Perjalanan dua jam nak pegi set untuk buat kejutan hari lahir rasa gementar macam nak kahwin!! Haha!!" tulisnya.
Menerusi sebuah posting yang berbeza, pelakon drama Cemburu Seorang Perempuan itu turut mendedikasi sebuah ucapan khas buat Amar.
"Selamat hari lahir untuk teman lelaki saya, tunang dan suami kesayangan. Doa terbaik akan selalu ku ucapkan untukmu. Tetaplah menjadi yang terindah untukku.
"Dan terima kasih kerana selalu menjadi imam yang baik buat ku. Terima kasih untuk segalanya sayang @amarbaharin. Sayang awak," tulisnya lagi.
Terdahulu, Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 3 tahun manakala Ayra Aryssa pula dilahirkan pada 1 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024