Tindakan seorang jururawat wanita berkongsi video pesanan kepada orang ramai di media sosial TikToknya baru-baru ini mengundang kecaman netizen.

Menerusi video berkenaan, jururawat tersebut menasihati agar orang ramai perlu sentiasa bersiap sedia berdepan detik kecemasan dan tidak memalukan diri sendiri dengan memakai pakaian dalam yang lusuh dan compang-camping.

"Okey kat sini akak nak bagi nasihat sikit dekat korang kat luar sana, lepas ni stop pakai spender yang koyak, yang tali dia dah nak putus, yang talinya dah kendur.

"Sebabnya kalau berlaku accident, kecemasan sekali orang bukak dekat dalam tu orang tengok spendernya berlubang, spendernya koyak, tali branya kendur, penuh dengan taik lalat. Ha, buat malu je.

"Tengok luaran bukan main. Kalahkan artis kalahkan top model. So lepas ni stop pakai ya. Beli baru. Tak semestinya yang mahal, yang murah pun takpe janji benda tu elok. Ok?" katanya.



Bagaimanapun, video berunsur nasihat itu mendapat kecaman netizen dengan menyifatkan wanita berkenaan telah melanggar sumpah untuk menjaga maruah pesakit.

"Tak perlu expose! Tu aib pesakit! Kita semua dah angkat sumpah untuk jaga maruah pesakit," tulis seorang pengguna.

"Motif? Apa kena mengena jika berlaku kemalangan, kecemasan sempat pula nak teliti tali bra kendur, spender bertahi lalat, koyak, kendur? Ada kaitan menyukarkan proses operate ke apa?" komen individu lain.

"Banyak-banyak benda, spender juga kau nak buat content. Eksiden kan biasa tak banyak bunyi, gunting je," pesan individu lain pula.

Bagaimanapun, video terbabit difahamkan telah dipadamkan dari akaun media sosialnya.