Salah seorang anak lelaki David Beckham diketahui mengikut jejak langkahnya menjadi pemain bola sepak.

Romeo Beckham kini sah menandatangi kontrak setahun bersama kelab Brentford B.


Ironi Romeo, pernah meninggalkan sukan bola sepak selama lima tahun dan memilih tenis sebagai bakal ‘kerjaya’ baharunnya. Dia juga sempat menjalani latihan bersama legenda tenis, Andy Murray.

Romeo bagaimanapun mengumumkan kembali ke arena bola sepak pada 2020 selepas lima tahun berehat sebelum kini menandatangi kontrak bersama Brenford B.

Pengurus Brenford B, Neil MacFarlane menyifatkan pemilihan Romeo ke dalam pasukan kerana kerja fantastiknya sebelum ini.

Pemain berusia 20 tahun itu dipinjamkan kepada kelab sama musim lalu daripada Inter Miami yang dimiliki secara bersama oleh bapanya.

“Saya sangat teruja dan tak sabar untuk kembali bermain di musim baharu,” kata Romeo.

Sewaktu Romeo membuat keputusan kembali bermain bola sepak, David telah menggantikan lapangan tenis yang dibina di kediaman mereka dengan padang bola sepak sebagai sokongan kepada anaknya itu.