Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

Ernalisa
13/09/2024 03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.

BERITA BERKAITAN: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

​BERITA BERKAITAN: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

​BERITA BERKAITAN: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

​BERITA BERKAITAN: Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata pihak Jabatan Hidupan Liar terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah buaya sepanjang 4.6 meter itu bagi membolehkan mayat Rusdi Tambah, 45, diambil daripada mulut haiwan berkenaan.

"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.07 pagi dan menurut saksi, seorang pekerja ladang yang sedang memancing di tepi sungai disambar buaya dan susulan itu, operasi mencari diaktifkan di radius 500 meter sepanjang laluan sungai.

"Pasukan bomba dan orang awam kemudian menemukan kedudukan mangsa bersama buaya kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa disambar dengan keadaan mangsa masih berada di dalam mulut buaya dan sehubungan itu, laporan dibuat kepada pihak Jabatan Hidupan Liar untuk bantuan lanjut," menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia dan tubuhnya dalam keadaan sempurna sebelum diserahkan kepada pihak polis.


"Bangkai buaya itu juga dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan selanjutnya," kata beliau sambil menambah operasi ditamatkan pada 1.10 tengah hari.

SUMBER:Awani
#Mati #Buaya #Ditembak