Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

Mya Amri
03/09/2024 05:20 MYT
Susulan tular satu hantaran di media sosial berhubung kemunculan buaya di Tasik Shah Alam, Seksyen 77, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika beriadah di kawasan itu.


Dinasihatkan berhati-hati beriadah


Pihak MBSA memaklumkan berita itu menerusi notis yang di muat naik di akaun Facebook rasmi mereka hari ini.

"Lanjutan daripada 'posting' di Facebook, terdapat kehadiran seekor buaya di Tasik Shah Alam Seksyen 7, MBSA menerusi Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Perhilitan mengambil maklum perkara itu dan sedang mengambil tindakan lanjut.

"Orang ramai diminta berhati-hati ketika beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Seksyen 7," maklumnya.

ARTIKEL BERKIATAN:Ahli Zoologi Terkenal Rogol, Dera & Bunuh 60 Anjing: “Saya Tidak Mahu Berhenti Lakukannya”

ARTIKEL BERKAITAN:Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh Buaya

ARTIKEL bERKAITAN:Datuk Bandar Nikahi Buaya Betina Demi Kesejahteraan Penduduk

ARTIKEL BERKAITAN:Viral Taman Kucing Klang Didakwa Terabai, MBDK Tampil Beri Penjelasan!

ARTIKEL BERKAITAN:Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca


Terdahulu, pengunjung di Tasik Shah Alam, Seksyen 14 gempar apabila seekor anak buaya tembaga ditemui di pam air tasik itu.

Buaya sepanjang 0.6 meter itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan 9.30 pagi sebelum menghubungi bomba.
#Viral #Shah Alam #Tular #Buaya #MBSA #7 #Seksyen