,
Berita

Budak Dalam Video Tular Bukan Mangsa Cubaan Culik Tapi Mangsa Amang Seksual - Polis

Gempak
13/09/2024
01:25 MYT

Polis menafikan kanak-kanak yang dipegang bahunya oleh seorang lelaki di kawasan sebuah masjid di Subang Jaya adalah mangsa cubaan menculik.

Bukan Mangsa Cubaan Culik

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sebaliknya siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.

"Lelaki itu menanyakan nama dan alamat rumah mangsa sehingga menyebabkan mangsa melarikan diri ke kawasan sekolah berdekatan.

"Mangsa telah memberitahu kejadian tersebut kepada pengadu iaitu seorang perempuan tempatan dan semalam, pengadu telah terima satu video dan gambar daripada ibu kenalan mangsa yang menunjukkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, video itu tular di laman Facebook dengan memaparkan gambar dan kenyataan yang mendakwa mangsa cuba diculik namun siasatan awal mendapati dakwaan tersebut tidak benar.

Waspada Buat Kenyataan

Wan Azlan berkata, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2021 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Polis menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dalam memuat naik sebarang kenyataan di media sosial yang boleh mendatangkan kegusaran awam dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri serta keluarga," katanya.

Beliau juga berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dan mereka boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Shabilah Zulkifle@Awang di talian 010-266 7017 atau balai polis berhampiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

Sumber: Sinar Harian menerusi Bernama

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Viral

Berlaku Cubaan Menculik Di SS15 Subang Jaya, Individu Ini Nasihat Supaya Ibu Bapa Lebih Berhati-Hati

gempak
12/09/2024
10:45 MYT
Menurut Daryl, kejadian itu berjaya dirakam melalui kameta litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut.
Berita

Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak

gempak
12/09/2024
06:45 MYT
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam disebabkan kecederaan akibat ditetak selepas pergaduhan di Kangar.