Ya, ramai peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Aroha' masih belum 'move on' dengan kehadiran penyanyi dan pelakon popular Korea Selatan, Cha Eun-Woo di Malaysia.

Kehadiran artis popular itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena siri jelajah 2019 Cha Eun- Woo 1st fan Meeting Tour (JUST ONE 10 MINUTE) yang diadakan di Menara PGRM, Ahad lalu.

Memukau hampir 1,900 penonton yang hadir, Gempak kongsikan 11 perkara menarik yang berlaku sepanjang acara tersebut:

1) Meriah di airport! Cha Eun-Woo tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Ahad dan disambut dengan gembira oleh peminatnya.2) Trending! Hashtag #ChaEunWooinKLmula berada di kedudukan tinggi 'trending topics' laman sosial sebelum dan semasa 'fan meeting' berlangsung.

3) Tiba-tiba dewan gelap! Persembahan pembukaan Cha Eun-Woo dengan mengenakan pakaian tradisional Korea, 'hanbok'. Cair terus semua peminat.4) Wah! Cha Eun-Woo 'beli jiwa' peminat dengan menyanyikan lagu Sampai Ke Hari Tua nyanyian asal Aizat Amdan. Apa lagi, semuanya 'sing along' lah.5) Belajar Bahasa Melayu... Cha Eun-Woo juga sempat bertutur beberapa ayat di dalam Bahasa Melayu yang telah diajarkan kepadanya. Antaranya ialah 'tembak je la', 'aku cinta padamu' dan 'sayang kamu'.6) Sangat menjaga penampilan. Dua kali Cha Eun-Woo minta izin untuk betulkan penampilan rambutnya.

7) 'Sporting' dan suka bercakap! Sambil bermain permainan, Cha Eun-Woo tidak lupa untuk berinteraksi bersama peminat.

8) Comel lah! Sambil main bola keranjang, Cha Eun-Woo tidak lupa untuk menyebut nama ahli ASTRO yang lain JinJin, MJ, Cha Eunwoo, Moobin, Rocky dan Sanha. Baru semangat nak 'score'.

9) Bagi menghargai peminat yang hadir, Cha Eun-Woo membuat tiga cenderamata kepada yang bertuah. Untunglah..10) Selepas selesai 'fan meeting', terdapat sesi 'hi touch' Cha Eun-Woo bersama peminat. Seronok eh!

11) Bertabahlah Aroha! Sehingga kini peminat masih lagi tidak boleh move on dengan '1st Fan Meeting' bersama Cha Eun-Woo.Pada malam itu, Cha Eun-Woo telah menyanyikan lagu Remember Me, Love Yourself, Rainbow Falling dan juga You & Me.Siri jelajah Cha Eun-Woo 1st fan Meeting Tour (JUST ONE 10 MINUTE) di Kuala Lumpur turut melibatkan empat lokasi yang lain iaitu Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila.

























Sumber: Twitter Hani Fadzil & My Kpop Huntress

Foto: MacpiePro & Fantagio Music