Pengacara dan bintang Real Men Malaysia: Wira Merah, Hawa Rizwana berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Hawa menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya hari ini.

“6 pagi hari ini di Gunung Kinabalu,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran yang sama, Hawa juga turut berkongsi beberapa foto yang menampakkan pemandangan indah di puncak gunung tersebut.

Selain itu, wajah Hawa yang kelihatan ceria sambil memegang bendera Astro juga turut menarik perhatian.

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)


Sementara itu, di ruangan komen rata-rata rakan selebriti menyatakan rasa kagum dan mengucapkan tahniah kepada wanita cantik itu.


Terdahulu, Hawa sebelum ini juga pernah menyatakan minat untuk mencuba pelbagai aktiviti lasak.

Jangan lupa saksikan Real Men Malaysia: Wira Merah setiap Ahad jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, program ini juga boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.