Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Bukan Festival Makanan Semata, Havoc Food Fest Bakal Adakan Acara Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana!

Umirah Halim
24/10/2024 18:55 MYT
Memasuki tahun kelima penganjuran, Acara Havoc Food Festival kembali lagi.

Festival meriah

Antara selebriti dan pempengaruh dijangka bakal sama-sama turun padang bagi memeriahkan festival ini, termasuk Azza Elite, Reen Rahim, Qistina Raisyah, Syura Badron, AI Sulong dan pelawak, Vicha Saywho.

Pasangan suami isteri iaitu Cat Farish dan Shikin Maembong juga akan hadir, termasuk Asfan Shah, Liya Maisara, Vokey, Eira Aziera, Zaki Azeman, Raa Suzuran, Baby Ainatul dan ramai lagi.

Ia akan bermula 24 sehingga 27 Oktober depan di Dtempat Country Club Sendayan, Negeri Sembilan, bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Bukan itu sahaja, Havoc Tour Sabah 2024 juga akan diadakan buat pertama kalinya bermula 30 Oktober sehingga 3 November ini di SICC Kota Kinabalu Sabah dan seterusnya di Havoc Food Festival di Komplek Sukan Sandakan pada 6 hingga 10 November 2024.

BERITA TRENDING: Sherry Ibrahim Suka Lelaki Bergigi Cantik & Wangi, Netizen Pula Berlumba-Lumba Nak Carikan Jodo

​BERITA TRENDING: “Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasi

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Menariknya, Havoc Food Festival kali ini bukan tentang karnival makanan semata-mata namun akan diisi pelbagai aktiviti buat pengunjung dan menampilkan vendor-vendor tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Urusan, Havoc Event & Management, Faizal festival ini turut membuka peluang kepada usahawan makanan untuk memasarkan produk mereka kepada lebih ramai orang, seterusnya meningkatkan pendapatan dan memperluas pelanggan.

“Selaku penganjur kami akan memperbaiki mutu penganjuran karnival pada setiap tahun dan begitu juga yang telah dilakukan Havoc Event & Management menerusi Havoc Food Festival kalini.

“Selain pesta atau karnival makanan, pengunjung boleh terlibat dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sama ada bersifat riadah atau pengisian rohani.

“Ramai selebriti serta pempengaruh yang menanti pengunjung bukan hanya untuk menjual beli tetapi beramah mesra dengan selebriti yang mereka minati,” katanya dalam satu kenyataan media.

Antara pengisian menarik akan dianjurkan sepanjang karnival, termasuk Havoc Berselawat dan Qasidah Perdana yang diterajui Sheikh Imran Angulia, Ustaz Bashir Mohammed Azhari bersama kumpulan qasidah Nur Ahli Badar.

Selain itu, program ‘Our Next Guest ‘, iaitu sesi program podcast baharu yang akan dilancarkan.

Sesi ini akan membawakan pengacara popular daripada Singapura iaitu Dynn Norahim sebagai moderator serta menampilkan selebriti popular.

#makan #Festival #Havoc #Sendayan #havoc food
;