Hiburan
“Bukan Hanya Make Up, Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan” Cik Manggis Komen Barbie Challenge
Anggota kumpulan De Fam Cik Manggis memberikan penjelasan mengenai cabaran tular Barbie Challenge yang dilakukannya baru-baru ini.
Menurut Manggis, tujuan dia melakukan cabaran itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan cara yang menyeronokkan.
“Saya buat cabaran itu sebab sebelum ini ternampak ramai yang lakukan di media sosial.
“Sebelum barbie, Lathi challenge yang viral terlebih dahulu dan ramai yang meminta saya untuk melakukan cabaran tersebut.
“Tetapi saya pilih untuk buat barbie. Lagipun kalau ikutkan yang original video barbie itu lain konsepnya.
“Tapi untuk versi saya, saya tukar sedikit sebab secara jujurnya secara tidak langsung saya ingin menyampaikan mesej kepada mereka yang menontonnya.
“Saya letak barbie dalam kotak itu konon-kononnya membawakan maksud dalam kehidupan kita ini jangan sesekali bagi orang control kita,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Manggis lagi, dia mahu memanfaatkan platform media sosial untuk menyebarkan benda-benda positif.
“Kalau boleh setiap video yang saya buat saya suka yang mempunyai mesej disebaliknya.
“Bagi saya, lebih baik kita gunakan platform itu dengan baik. Sambil suka-suka sambil-sambil beri mesej,” ujarnya.
Terdahulu, #BarbieChallenge sebelum ini menjadi tular kerana keunikan teknik solekannya.
Must-Watch Video