Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Bukan Kanser Tapi Kolesterol Tinggi" - Zizan Nin

Amri Hassan
10/11/2023 00:55 MYT
Pelakon dan pengarah Zizan Nin menafikan dakwaan dirinya menderita akibat kanser ekoran fotonya berkepala botak baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Zizan Nin Berjaya Turun 2 Kilogram Tapi Sedih Pasal Kasut

Jelas Zizan, 50, gambar yang tular itu merupakan foto yang dirakamkan untuk sebuah projek.

"Gambar saya membotakkan kepala terbabit diambil ketika penggambaran filem Roxy dua tahun lepas.

"Saya sebenarnya kena pakai rambut palsu, jadi rimas gatal kepala. Itu yang saya botak terus.

""Alhamdulillah, bukan sakit kanser. Cuma kolesterol saya sangat tinggi. Kena jaga pemakanan tetapi bila terlebih jaga, itu yang kurus. Sekarang tahap kolesterol saya masih perlu pemantauanlah.

""Saya ada mengambil ubat kolesterol sekitar 2014 tetapi selepas dua tahun, saya berhenti dan jaga pemakanan dengan lebih ketat sehingga sekarang. Susah nak turun kolesterol, sebab genetik mungkin," katanya kepada Gempak.

Zizan ditemui pada majlis pelancaran filem arahannya, Sazali Meor Coco di Kuala Lumpur pada Rabu.

PILIHAN PEMBACA: 'Selepas Bercerai, Saya Hidup Seperti Biasa' - Zizan Nin

Dalam pada itu, Zizan mengakui terkejut apabila berita tentang dirinya menghidap kanser itu tular.

"Tak adalah sedih pun bila cerita tidak benar tersebar. Cuma saya rasa mereka ambil berat.

"Kita tak tahu kan keadaan, sebagai contoh Allahyarham Adibah Noor. Dia sembunyikan sakit sehingga hujung hayatnya.

"Cuma setakat ini, di usia 50 tahun ini, saya sihat. Buat pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Tapi itulah, kolesterol memang kena kawal," katanya.

A post shared by Zizan Nin (@zizannin)


Filem Sazali Meor Coco menampilkan Syazani Zikry, Shahradhy dan Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama.

Ia terbitan Aquila Emas dan ada ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Busan pada Oktober lalu.

#pelakon #Kanser #Botak #Zizan Nin #Kimoterapi #Kolesterol #Sazali Meor Coco
;