UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Bukan Kecewa! Amerul Affendi Mahu Sambung Belajar Sebab…

Ainun 29/01/2025 | 05:55 MYT

Pelakon Amerul Affendi berkongsi dirinya bakal melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Seni Persembahan di sebuah universiti tempatan.

Menurut pelakon yang popular dengan siri One Cent Thief itu keinginannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah kerana dia bercita-cita menjadi seorang tenaga pengajar.
“Selain fokus pada kerjaya lakonan dan ternakan, Insya-Allah tahun ini saya bercadang untuk menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya akan mengambil Ijazah dalam bidang Seni Persembahan.

“Saya nak jadi pensyarah dan mengajar. Lakonan tetap menjadi hobi saya, tetapi dalam masa yang sama, saya mahu menyumbangkan kembali ilmu kepada orang ramai.

“Mereka menawarkan program APEL-Q di mana syarat pengalaman saya dalam industri seni diambil kira. Untuk memenuhi syarat itu, saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya 20 tahun pengalaman dalam bidang lakonan.
“Saya mengikuti pengajian secara sepenuh masa, tetapi tidak perlu menghadiri kelas secara fizikal. Tempoh pembelajaran bagi bidang yang saya ambil ini hanyalah selama enam bulan,” katanya kepada Gempak.
Amerul berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kekal Relevan

Bagaimanapun, keinginannya untuk menyambung pelajaran bukanlah disebabkan rasa kecewa dengan perhatian yang diterima dalam industri, tetapi kerana dia percaya pembelajaran berterusan dalam bidang lakonan adalah penting untuk memastikan dirinya kekal relevan dalam industri seni.
Sehingga kini, Amerul atau nama lengkapnya pemilik nama Mohd Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, mengakui dirinya masih lagi aktif dalam dunia lakonan dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahirannya dalam industri tersebut.
“Kebun saya semuanya dalam keadaan baik, dan saya masih boleh memantaunya dari jauh. Saya tetap berada dalam dunia lakonan dan masih belajar dalam bidang ini juga. Jadi, kita dapat menimba ilmu baharu untuk terus kekal relevan,” jelasnya.

Kagum dengan pelapis industri baharu

Pada masa yang sama, pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik 2015 itu turut menyatakan kekagumannya terhadap pelakon-pelakon baharu.
Dia juga mengakui berasa tercabar dengan kehebatan mereka, bukan sahaja kerana penampilan fizikal tetapi juga kerana bakat dan semangat yang mereka tunjukkan dalam dunia lakonan.
Oleh itu, Amerul yakin generasi pelapis dalam industri seni semakin berkualiti dan berpotensi membawa industri ke tahap yang lebih baik.

“Sekarang, bakat-bakat baharu sangat luar biasa. Tengok sahaja pelakon-pelakon siri High Council, saya sendiri rasa tercabar kerana mereka jauh lebih bagus.

“Bagi saya, mereka sangat berbakat. Mereka bukan hanya hadir dengan rupa paras yang menarik, tetapi juga dengan bakat dan semangat yang tinggi dalam dunia lakonan. Ini membuatkan saya yakin bahawa kita mempunyai pelapis industri yang hebat,” kongsinya.

BERITA BERKAITAN: “Mana Belajar Berlakon Level Macam Ni Eh” - Lakonan & Ekspresi Wajah Sky Iskandar Dipuji, Ramai Kata Bakal Pelapis Watak Jahat

BERITA BERKAITAN: Farid Kamil Tolak Tawaran Jadi Tenaga Pengajar, Kembali Jadi 'Student' Mac Depan - “Saya Perlu Rahsiakan Terlebih Dahulu Sebab…”

BERITA BERKAITAN: Lakonan Dalam Kahar Dipuji! Ramai Kata Layak Jadi Calon Anugerah, Amir Ahnaf Respons - “Terima Kasih Hargai Saya, Banyak Lagi Perlu Belajar”

BERITA BERKAITAN: Fizo Omar Bangga Isteri Berjaya Genggam 1st Class Degree Dalam Bidang Pendidikan, Kagum Pengorbanan Belajar Sambil Mengandung - “You Did It & Prove It”

#pelakon #Ijazah #Belajar #Kecewa #Bakat #Sambung #Amerul Affendi #UPSI #Pelapis #Baharu
;