Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bukan Kerambit Tapi Gunting, Polis Sedang Kesan Pemain Bola Samseng

Gempak
05/08/2024 18:55 MYT
Salah seorang pemain pasukan Farouk FT didakwa telah menggunakan peralatan tajam ketika di dalam sebuah perlawanan liga sosial.

Menerusi perkongsian seorang individu yang menggunakan nama akaun Aliff Akhmal, yang tular di Facebook, kejadian tersebut dipercayai berlaku di padang KLFA, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pemain itu bertindak di luar kawalan dengan menggunakan senjata tajam ketika terbabit dalam suatu insiden pergaduhan.

BERITA TRENDING: UK Bergelut Dengan Rusuhan Terburuk Dalam 13 Tahun

BERITA TRENDING: Jepun Terus Rekod Suhu Tinggi Di Tengah Gelombang Haba Melampau

Melihat kepada gambar tular itu, pemain berkenaan berniat untuk mengayun tangan kanan yang terdapat kerambit digenggamannya ke arah orang di depannya.

Sekiranya benar-benar terkena pihak lawan, maka ia pasti boleh membawa padah hingga boleh meragut nyawa seseorang.

Bukan kerambit tetapi gunting

Bagaimanapun, dalam perkembangan lain, senjata tajam tersebut dipercayai bukan kerambit namun sebilah gunting yang dipercayai untuk memotong stoking dan straping.

BERITA TRENDING: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan

BERITA TRENDING: Syahrini Selamat Bersalin Pada Usia 44, Kongsi Tarikh


Susulan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Lazim Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan seorang pemain bola sepak yang disyaki membawa senjata tajam dalam kes pergaduhan tersebut.

Menurutnya lagi, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun pada pukul 2.21 pagi, Isnin.

"Ketika kejadian pengadu menyatakan berlaku perselisihan faham antara pasukan pengadu dan pasukan lawan.

"Dia mendapati pemain dari pihak lawan telah membawa masuk senjata tajam ke dalam padang serta mengacukan kepada salah seorang pemain daripada pasukan pengadu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, polis sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat bagi membantu siasatan lanjut.
"Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, pengecaman suspek sedang dibuat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Sumber: Majoriti
#Kerambit #Pemain #Gunting #Samseng #liga sosial