Laman Utama

Bukan Sekadar Seram, Histeria The Series Angkat Isu Buli & Gangguan Seksual

Azwa Rahman
09/06/2022
12:02 MYT
Drama bersiri seram Histeria The Series yang disambung daripada filem seram popular pada tahun 2008 berjudul Histeria kini kembali menerusi slot Astro Originals di saluran Astro Citra.
Mengangkat isu buli dan gangguan seksual di dalam naskah bergenre seram ini, Histeria The Series mengisahkan kisah seorang gadis bernama Alia yang dilakonkan oleh Mia Sara menjalani kehidupan di sekolah baharu, Sekolah Sri Fatimah.
Kebiasaannya apabila seorang gadis memasuki sekolah baharu di tengah-tengah tempoh persekolah, pastinya gadis tersebut dikaitkan dengan masalah displin mahupun peribadi.
Namun bagi Alia, dapat memasuki sekolah baharu membuatkan dia membentak-bentak. Sebagai seorang yang pendiam, bersemuka dengan pelajar-pelajar senior di sekolah tersebut tidak sesekali pun mengentarkan hatinya.
Insiden buli yang ditonjolkan di dalam drama bersiri ini sebenarnya wujud terutamanya di sekolah berasrama.
Menceritakan realiti sebenar yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia, isu buli seharusnya tidak boleh dipandang ringan.
Daripada perasaan yang dipendam, seseorang pelajar itu akan berdepan dengan masalah kurang keyakinan diri, ketakutan dan membawa kepada kemurugan.
Watak Alia dilihat mengawal isu buli yang berlaku di sekolahnya dengan baik. Menjadi seorang pelajar yang pendiam tetapi berani membuatkan para pelajar lain seakan menerima kehadirannya.
Selain buli, Histeria The Series juga sarat dengan isu gangguan seksual dalam kalangan pelajar sekolah. Untuk mendalami lebih tentang isu sosial yang diperkatakan ini, anda perlu menonton drama premium Astro Originals ini.
Naskhah Histeria The Series diterajui oleh pelakon-pelakon muka berbakat tanahair seperti Mia Sara Datuk Afdlin Shauki, Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid AlYahya, Amelia Christie dan Serra Kamal.
Lebih menarik, ia juga mengembalikan pelakon dan watak asal daripada filem Histeria iaitu Liyana Jasmay sebagai Murni dan turut membariskan pelakon terkenal Namron, Tony Eusoff, Ziana Zain, Ziha Salleh, Fimie Don, Mathni Razak dan Dr. Rosdeen Suboh.
(trailer)
Histeria The Series mengisahkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun yang lalu.
Sejak daripada penyiasatan mereka, satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku sehingga menyebabkan kejadian yang berlaku pada 10 tahun lalu bakal berulang.
Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

gempak
25/07/2024
04:25 MYT
Ibu kepada mangsa buli, Zulfarhan mengakui dirinya berasa tenang selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah membunuh.
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hiburan

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

gempak
20/07/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.