Sekilas
- Mualim Muda Musim 2 episod ketiga menampilkan tema 'Titik Terendah' yang membawakan kisah dan cabaran kesihatan mental serta kesejahteraan emosi peserta.
- Kumpulan muzik Alpha akan membuat persembahan istimewa dengan lagu cover Islamik 'Rapuh' sebagai pembukaan program.
- Penilaian peserta akan dilakukan oleh juri berpengalaman seperti Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff, manakala pengacara Fakhrul UNIC dan Atu akan menghiburkan penonton.
Persembahan minggu lalu menyaksikan Mualim Muda Aizuddin masih berjaya mengekalkan kedudukannya di tangga pertama selepas memberikan persembahan cemerlang.
Namun, mampukah Aizuddin terus mempertahankan takhtanya atau bakal ada peserta lain yang mencipta kejutan pada minggu ketiga?
Episod kali ini bakal menyaksikan kehebatan para peserta Mualim Muda Musim 2 menerusi persembahan penuh emosi dan menyentuh hati dengan tema ‘Titik Terendah’.
Para peserta, secara solo, akan mengetengahkan isu kesihatan mental dan kesejahteraan emosi yang melibatkan semua peringkat umur dengan mengaitkan cabaran semasa kepada nilai, hikmah dan penyelesaian yang ditawarkan oleh Islam.
Pastinya, pelbagai kisah dan pengajaran menarik bakal dikongsikan oleh para peserta menerusi tema tersebut.
Bagi yang masih belum merancang aktiviti malam ini, berikut merupakan empat sebab mengapa anda tidak patut melepaskan peluang untuk menonton Mualim Muda Musim 2.
1. Persembahan istimewa daripada Alpha
Buat pertama kali, kumpulan muzik Alpha bakal membuat persembahan di pentas Mualim Muda!
Pastinya kemunculan mereka menerusi slogan #MadeToDominate itu menjadi antara momen yang dinantikan penonton.
Sebagai persembahan pembukaan, Alpha akan menyanyikan salah satu lagu cover islamik mereka yang viral iaitu Rapuh, nyanyian asal penyanyi Indonesia Opic
2. Kisah ‘Titik Terendah’ para Mualim Muda
Setiap individu pastinya mempunyai pengalaman tersendiri ketika berdepan detik paling sukar dalam kehidupan.
Menerusi tema minggu ini, penonton berpeluang mendengar kisah di sebalik titik terendah yang pernah dilalui para peserta serta mengambil iktibar daripada pengalaman mereka.
Berikut merupakan tajuk persembahan peserta:
1.Buli bukan Flex - MM Qamarul
2.Suara si Kecil Yang Terabai - MM Yazid
3.Dewasa Sebelum Usia - MM Yusuf
4.Burnout di Tempat Kerja - MM Aidil
5.Lelaki juga boleh menangis - MM Raja
6.Kehilangan Pasangan Hidup - MM Aizuddin
7.Tekanan Menjadi Perfect - MM Syafiq
8.Dilupakan Anak-Anak - MM Adam Tan
9.Overthinking Yang Memenjarakan - MM Mustaqim
10.Markah tinggi, Mental Rendah - MM Khaiqal
3. Barisan panel juri hebat
Seperti biasa, penilaian para peserta akan dilakukan oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias, Ustazah Asni Mansor dan Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff.
Pastinya, pandangan serta teguran daripada barisan juri ini menjadi antara perkara menarik yang perlu dinantikan.
4. Gelagat Fakhrul UNIC dan Atu
Bukan hanya persembahan peserta yang mencuri perhatian, malah gelagat pengacara Fakhrul UNIC dan Eatu juga pastinya menghiburkan penonton.
Jangan terlepas peluang menyaksikan telatah serta celoteh mereka yang dijangka menceriakan suasana sepanjang program berlangsung.
Jadi, jangan lupa saksikan episod ketiga Mualim Muda Musim 2 pada Sabtu, jam 9.00 malam menerusi Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105).
Program ini juga boleh distrim menerusi Astro GO dan Ultra Box!