Laman Utama
Bukan Semata Hiburan, Filem Penunggang Agama Ajak Penonton Untuk Lihat Kesan Buruk Akibat ...
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan ini adalah kali pertama pengarah Syafiq Yusof menghasilkan filem untuk ditayang hanya di platform Astro First.
Menurut Jastina, dia percaya filem Penunggang Agama ini mampu memberi input yang berguna dan dalam masa sama memberi kesedaran terhadap golongan ini untuk kembali ke pangkal jalan.
Tambahnya, dia yakin setiap penonton akan berpuas hati dengan dengan sentuhan kreatif pengarah, barisan pelakon yang membintangi serta jalan cerita hasil daripada gabungan Astro Shaw dan Skop Productions.
"Selepas dua tahun tidak muncul dengan filem, Syafiq kembali dengan naskah terbaru untuk peminat dan penonton tanah air.
"Tambah menarik, ini adalah kali pertama Syafiq menghasilkan filem untuk ditayangkan di platform Astro First.
"Dengan mengangkat isu terkini, Penunggang Agama bukan sahaja mampu menghiburkan penonton dengan elemen seram, malah turut mengajak penonton untuk ingat seketika dan melihat kesan buruk daripada sesuatu tindakan.
"Kami yakin gabungan sentuhan kreatif pengarah Syafiq dengan lakonan mantap oleh barisan pelakon, hasil produksi berkualiti tinggi, jalan cerita serta kerjasama oleh dua penerbit Astro Shaw dan Skop Productions, pasti akan memberi kepuasan kepada penonton.
"Kami berharap kehadiran filem ini akan menarik perhatian penggemar filem untuk terus meletakkan kepercayaan pada mutu filem-filem tempatan," katanya.
Filem seram thriller arahan Syafiq Yusof ini dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.
Jadi, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First bermula esok, 25 Mac.
Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Must-Watch Video