Maestro muzik tersohor negara, Datuk Ramli MS akui segan untuk memuat naik fotonya menerima anugerah di Malaysia Prestigious Industry Award (MPIA) baru-baru ini.

Ramli ketika dihubungi Gempak berkata, dia berterima kasih kerana diberikan pengiktirafan tersebut.

“Bukan sengaja nak kongsi lambat, tapi saya seganlah.

“Ramai lagi yang terima award pada malam tersebut seperti Datuk Yusof Haslam, Erra Fazira dan Shuib yang diiktiraf dalam bidang masing-masing.

Mekaseh byk @mypiawards2019 Sebenar malu nk tepek dlm ni. Ape2 pun sya ucapkan trima kaseh lagi...

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Terdahulu Ramli telah berkongsi mengenai anugerah tersebut di laman sosial Instagram (IG)nya pada Isnin.

Perkongsian tersebut telah dihujani lebih 600 komen pengikut di IG dan mendapat hampir 20 ribu tanda suka.

Rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Ramli dan berasakan beliau layak untuk menerima anugerah ‘Lifetime Achievement Award Prestigious Leader In Music Industry’.

"Terima kasih sekali lagi,” tulis beliau pada ruangan kapsyen.