Sebelum ini, pelakon Ruhainies, 29, berkongsi pengalamannya yang tidak senang duduk selepas terpaksa melakukan ujian calitan atau swab test sebelum memasuki set penggambaran.

BACA: Netizen Dakwa Layanan Doktor Kasar Masa 'Swab Test', Ruhainies Pertahan & Salahkan Diri Sendiri

Kali ini, giliran kakaknya pula iaitu Risteena Munim, 32, yang diwajibkan untuk memenuhi syarat sebelum melangsungkan majlis perkahwinan dengan tunangnya, Isa Khan, 28.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas akui berasa sangat takut sehinggakan dia terketar-ketar kerana khuatir tidak mampu untuk menahan sakit.

"Hei, saya bukan mengada lah. Memang takut pun. Takda la sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, jadi mindset dah set sakit.

"Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kahwin kan, saya berjaya lakukan!" tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram (IG) miliknya dengan memuat naik sebuah rakaman video yang berdurasi seminit.

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena)


Isa turut bersama melakukan ujian itu sambil ditemani ibu dan ayah Risteena iaitu Zainul Ilyas Hasheim dan Che Bunga Salleh.

Dalam pada itu, pelakon drama Playboy Itu Suami Aku turut melahirkan rasa syukur kerana keputusan yang diperoleh adalah negatif.

"Alhamdulillah selesai dengan ujian swab dan keputusannya negatif," tulisnya lagi.

Pada 5 Mac lalu, Isa dan Risteena mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada keesokkan hari iaitu 12 Mac.

Disebabkan pandemik Covid-19, mereka terpaksa menundakan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 21 November tahun lalu.

Pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.