Selebriti versatil, Ifa Raziah berkongsi foto memakai niqab menerusi akaun Instagramnya Jumaat lalu.
Hal itu membuat banyak pihak yang berpendapat Ifa sudah menukar penampilannya dengan menutup aurat.
Malah menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen entri berkenaan, ramai pengikut Ifa berasa gembira melihat 'Diva' kesayangan ramai itu menutup aurat dengan sempurna.
Pada masa yang sama, ada juga warganet yang menganggap Ifa mengikut jejak hos dan pelakon popular, Neelofa yang kini telah berniqab.
Meski demikian, setelah sempat memuat naik fotonya menggenakan niqab, Ifa kemudian kembali mempamerkan penampilannya seperti biasa.
Ketika dihubungi Gempak sebentar tadi, Ifa menjelaskan kekeliruan netizen mengenai penampilannya.
Sambil memberitahu dirinya masih belum berpenampilan menutup aurat, Ifa menafikan perkongsiannya itu dipengaruhi oleh hijrah Neelofa.
Menurutnya, dia sering berkongsi foto menutup aurat pada setiap hari Jumaat dan berhijab sepanjang bulan Ramadhan.
"Perkongsian itu tidaklah mengikut Neelofa, tetapi kepada mereka yang mengikuti saya di media sosial, tentu mereka tahu yang saya selalu berkongsi foto menutup aurat setiap hari Jumaat.
"Selain itu, saya juga akan bertudung pada setiap bulan Ramadan hingga 10 Syawal, ataupun sepanjang saya pergi umrah, saya akan berhijab.
"Walaupun saya belum berhijab sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya saya menghormati hari Jumaat dan bulan Ramadan yang mulia," katanya.
Dalam pada itu, Ifa juga mengatakan dirinya dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai manusia biasa, tak ada orang yang tidak ingin berubah demi kebaikan, katanya.
"Sesiapa yang nak ikut perkara baik, baguslah, saya cuba berubah secara perlahan.
"Doakan yang baik-baik, bagi saya, apa jua yang kita lakukan, yang penting adalah nawaitu kita," katanya lagi.
Asraf Aided
Sun Oct 18 2020
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.