Spekulasi perkahwinan selebriti popular, Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, terjawab selepas beberapa foto majlis mula tular.

Ini termasuk poster walimatulurus dan kad yang diletakkan di atas meja tetamu di dewan nikah yang dihiasi indah dengan bunga segar putih.

Ahli keluarga juga dilihat mengemaskini persiapan untuk menghadiri majlis istimewa Neelofa dan PU Riz yang dijangka berlangsung pada bila masa-masa.

Noor Nabila pagi tadi telah memuat naik fotonya dan Aleesya berpakaian serba putih dilengkapi selendang dan memberi kredit kepada jurusolek, Jijie Zainal.

Sementara itu tinjauan Gempak di lokasi pernikahan Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, mendapati kedua-dua buah keluarga mempelai sudah mula memenuhi ruangan nikah.

Biarrpun Neelofa, mahupun PU Riz tidak pernah membuka mulut mengenai perkahwinan mereka, namun ia telah disahkan dengan beberapa video yang dimuat naik ahli keluarga yang berkampung di hotel tersebut sejak semalam (Jumaat).

Difahamkan majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz hanya dihadiri sekitar 200 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak dan rakan baik.

Ini foto sekitar dewan pernikahan Neelofa dan PU Riz:


Ahli keluarga PU Riz


Tetamu sudah mula memenuhi dewan nikah

Cantik, mewah dan elegan!