Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin

Gempak
18/06/2024 02:50 MYT
Bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.

Perbuatan bertentangan agama


Allahyarham Mohamad Yassin merupakan ayah kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika dihubungi sedih dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi perbuatan tersebut bertentangan dengan agama.

"Malah, abang di dalam video yang tular itu juga merupakan keluarga Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.


Dr Sahruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, mengutuk sekeras-sekerasnya perbuatan yang boleh mengganggu keharmonian apatah lagi ia salah di sisi agama dan undang-undang.

"Saya minta ahli keluarga yang melihat kejadian itu agar segera membuat laporan polis.


"Pihak polis juga perlu mengambil tindakan bagi menjadi ketenteraman semua orang," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
undefined

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Papa Tak Balik, Ingat Siapa Kena Jaga…” - Pesanan Johan Untuk Anak Sebelum Berangkat Tunai Haji Buat Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima


BERITA TRENDING:Ustaz Don Anggap Dakwaan Guna Hadis Dhaif Sebagai Salah Faham - “Saya Maafkan Semua Orang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam


Terdahulu, menerusi perkongsian video berdurasi 27 saat di TikTok, jelas kelihatan banyak bungkusan kecil tersebut di atas pusara yang dikutip oleh ahli keluarga di Tanah Perkuburan Islam Bakri Batu 1, Muar.

Allahyarham Mohamad Yassin meninggal dunia pada 1975 pada usia 73 tahun.

Pada 1955, Allahyarham menerima Pingat Sultan Ibrahim sebagai pengiktirafan beliau sebagai seorang daripada 40 tokoh ulama Johor.

Sebelum itu, video terbabit mendapat perhatian ramai yang ingin mengetahui tentang bungkusan tersebut.

Menerusi video yang mendapat lebih daripada 1,000 komen, ada yang menyatakan ia merupakan buhul sihir.

Sumber: SINAR HARIAN

#Viral #Sihir #Tular #Kubur #Tan Sri Muhyiddin Yassin #Aidiladha #Pusara #Syirik #Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad #Tuan Guru