UA COMBINE kembali ke Malaysia untuk tahun kedua dan mencabar anda untuk menyalakan keberanian, kerjasama dan mengatasi ujian-ujian kecergasan

Susulan kejayaan debut tahun lepas, Under Armour mengumumkan bahawa kejuaraan kecergasan yang terbesar di rantau ini, UA COMBINE, akan kembali untuk tahun kedua.

UA COMBINE yang julung-julung kalinya diadakan tahun lepas menyaksikan penyertaan 1,200 peserta merentasi empat buah negara di rantau tersebut – Singapura, Malaysia, Thailand, dan Australia.

Diilhamkan oleh “Protect This House” Under Armour, UA COMBINE tahun ini juga akan memperkasa para peserta untuk menyertai dan mengatasi pelbagai ujian kecergasan yang menekankan kerjasama selaku sebahagian daripada perjalanan mereka untuk mengatasi pelbagai cabaran yang disediakan untuk mewujudkan persaingan antara satu sama lain.



Edisi tahun ini juga akan menyaksikan barisan atlet daripada pelbagai aktiviti sukan dan disiplin latihan berkumpul di lokasi ikonik Sentul Depot, untuk mencabar had kemampuan diri mereka dan bersaing dengan para peserta lain untuk mensasarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM51,000.

Under Armour juga menurunkan had umur penyertaan untuk menginspirasikan para atlet muda, berusia 16 hingga 17 tahun untuk bertanding dan memenangi tajaan produk Under Armour berjumlah RM4,500 untuk atlet lelaki dan atlet wanita yang menduduki tangga teratas.

Dijadualkan berlangsung pada 9 September 2023, pendaftaran UA COMBINE 2023 kini dibuka dan semua atlet
yang mengambil bahagian akan menerima set peralatan persaingan yang lengkap pada hari kejuaraan.

UA COMBINE akan menyaksikan para peserta menguji had kecergasan mereka menerusi lapan ujian fizikal dan mental yang direka oleh Ketua Prestasi Atlet Global Under Armour, Michael Watts, dengan setiap ujian akan mencabar ketangkasan, stamina, vertikal, kuasa, ketahanan, kekuatan, kelajuan, dan kognisi.

Pungutan mata akan diperolehi untuk setiap ujian yang berjaya dilengkapkan dan para atlet akan diberikan kedudukan berdasarkan hasil akhir prestasi mereka, dan pingat berserta ganjaran wang tunai berjumlah RM15,000, RM7,500 dan RM3,000 akan dianugerahkan kepada atlet di tempat pertama, kedua, dan ketiga dalam kategori lelaki dan wanita.

8 ujian tersebut akan memfokuskan:

1. KETANGKASAN: ‘Agility Star Drill’
2. STAMINA: Ujian Bi Pull-Up
3. VERTIKAL : Ujian Lompat Menegak
4. KUASA: 20m Sled Tolak
5. KETAHANAN: Ujian Bip 20m
6. KEKUATAN: 3RM Bench Press
7. KELAJUAN: 40 Yard Dash
8. KOGNISI: Dinding Kepintaran Reaktif

Nafas baharu untuk prestasi kecergasan

UA COMBINE akan menyaksikan pelbagai perubahan ketara ke atas beberapa ujian, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan jenama tersebut untuk mendefinisikan prestasi atlet dengan lebih baik.

Berbanding ujian lompat menegak yang lebih tradisional seperti yang disertakan dalam kejuaraan tahun lepas, ujian ’Standing Vertical Leap’ akan menyaksikan para peserta dinilai menggunakan plat daya yang mengukur daya tujahan ke atas individu dengan tepat.

Tambahan pula, stesen kognisi juga memperkenalkan Dinding Kepintaran Reaktif yang digunakan oleh atlet-atlet profesional dalam sukan Formula 1 dan NBA. Menerusi enam pod bercahaya yang dipasang pada sebuah dinding menegak, para peserta akan ditugaskan untuk menyentuh pod berwarna biru sebanyak mungkin dalam tempoh masa 30 saat, yang akan mengukur masa reaksi, membuat keputusan dan daya tumpuan sepanjang ujian tersebut.

“Under Armour merupakan sebuah jenama prestasi yang sentiasa mencabar kayu ukur prestasi manusia untuk membentuk atlet yang lebih baik. Menerusi UA COMBINE, kami bukan sahaja menonjolkan prestasi individu atlet Malaysia, namun kami juga meninggikan penanda aras kecemerlangan untuk potensi pencapaian kita semua,” ujar Justin Olivares, Pengarah Pemasaran Under Armour Asia-Pasifik Selatan.

Para peserta juga digalakkan untuk membentuk kumpulan yang dianggotai seramai empat orang peserta dan bertanding serentak dalam kapasiti individu dan pasukan. Mata yang dipungut oleh setiap individu dalam pasukan tersebut akan dijumlahkan sebagai markah berkumpulan.

Pasukan yang memperolehi jumlah pungutan mata tertinggi akan membawa pulang peralatan Under Armour bernilai RM6,000.

Train-To-Compete bersama Celebrity Fitness

Untuk membantu para peserta yang berdaftar memperbaiki prestasi latihan and bersiap siaga untuk hari kejuaraan, Under Armour Malaysia telah menjalinkan kerjasama bersama Celebrity Fitness Malaysia untuk menyediakan sesi latihan eksklusif buat para peserta yang telah mendaftarkan penyertaan mereka untuk UA COMBINE.

Kapasiti adalah terhad dan para peserta akan diterima berdasarkan konsep siapa-cepat-dia-dapat. Nantikan maklumat terkini untuk perkembangan kelas Train-To-Compete yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai UA COMBINE 2023, termasuk syarat-syarat kejuaraan dan langkah-langkah
pendaftaran, sila layari laman sesawang rasmi https://uacombinemy.com/ atau ikuti @underarmoursoutheastasia menerusi #UACOMBINEMY.

Maklumat Kelayakan UA COMBINE:

● Para peserta UA COMBINE mestilah sekurang-kurangnya berusia 16 tahun dan ke atas semasa mendaftar.
● Para peserta mestilah menyertai dan bersaing dalam kategori jantina yang tersenarai dalam pengenalan diri mereka.
● Para peserta mestilah merupakan pemastautin sah dan menetap di dalam negara yang menganjurkan kejuaraan tersebut.

Pendaftaran UA COMBINE:

● Yuran pendaftaran UA COMBINE Malaysia ada dipaparkan di laman sesawang rasmi.
● Pengecualian yuran boleh didapati oleh para peserta yang tidak dapat bertanding akibat sebarang bentuk
kekurangan daya upaya. Para peserta boleh memohon pengecualian yuran menerusi emel.
● Seramai 350 peserta (200 lelaki dan 150 wanita) juga akan mengambil bahagian dalam UA COMBINE Malaysia.
● Sebuah pasukan memerlukan 4 atlet yang menyertai kejuaraan tersebut, dengan jumlah pungutan mata setiap ahli akan digabungkan sebagai mata pasukan.