Akhirnya program realiti yang ditunggu ramai, The House musim keenam yang menampilkan sosialit Ezurin Khyra bersama lima cahaya mata serta rakan baiknya, Magie Abang Saufi akan membuka tirai malam ini.

Dalam musim ini, anda akan melihat bagaimana The House membawa mereka keluar dari zon selesa kehidupan dan berhadapan dengan pelbagai perubahan dan cabaran.

Dalam episod pertama malam ini, dua putera Ezurin, Tunku Omaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra pulang ke London untuk sesi persekolahan mereka.

Ezurin dengan berat hati melepaskan Omaan dan Rmaan, namun sebagai ibu, dia harus kuat dan terus memberikan sokongan kepada mereka.

Selepas itu, Ezurin dan Magie meneruskan perjalanan dan teruja untuk sampai ke tempat tinggal sementara mereka.

Apakah yang akan berlaku di tempat tinggal sementara mereka? Bagaimanakah reaksi Ezurin ketika mula-mula sampai ke lokasi tersebut?

Semua itu akan terjawab dalam The House Ezurin Khyra episod pertama malam ini.

Jangan lupa saksikan The House Ezurin Khyra yang akan bersiaran selama 10 episod di Astro Ria(124) dan Ria HD (104) bermula hari ini, setiap hari Rabu, jam 9 malam.

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video dan episod secara eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Ezurin Khyra, seorang sosialit 'A-list', ibu kepada lima orang cahaya mata yang sangat dikenali dengan gaya hidup glamor dan sering mengembara ke seluruh dunia. Ezurin yang mesra disapa sebagai Princess Ezurin mempunyai personaliti yang sentiasa mencuri tumpuan di mana sahaja dia berada. Pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja, Ezurin sering menghadiri acara fesyen terkemuka di seluruh dunia di samping sibuk menguruskan lima orang cahaya mata. Dalam musim terbaru The House, Ezurin berkongsi tentang ikatan erat kekeluargaan bersama putera dan puteri yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. The House telah membawa Ezurin bersama keluarganya untuk keluar dari zon selesa di mana mereka harus mengharungi kehidupan yang lebih sederhana serta perkara-perkara yang tidak dijangka. Bagaimanakah mereka menyahut cabaran ini? Jangan lupa saksikan The House musim keenam! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam. Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #Gempak #AstroGempak #TheHouseEzurin #EzurinKhyra #EKhyra @ezurinkhyra @magieabangsaufi

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on