Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cadang Tidur Sekejap Sebab Badan Rasa Kurang Sedap, Ibu Hamil 5 Bulan Tak Bangun-Bangun Bila Datuk Datang Kejut

Gempak
08/08/2024 13:55 MYT
Seorang wanita yang sedang hamil lima bulan meninggal dunia selepas mengambil keputusan untuk tidur sebentar ketika berada di rumah datuknya.

Leah Roberts, 21, bercadang untuk melelapkan mata selepas dia mendakwa dirinya berasa sedikit kurang sihat.

Tidur sekejap

Rakan terdekatnya Becky Davies berkata, Leah berasa tidak sihat selepas keluar sebentar sebelum pulang semula ke rumah datuknya.

“Ada yang datang mencari Leah, ingin tahu jika dia ada keluar ke mana-mana. Tapi, bila datuk Leah masuk ke dalam bilik tidur dan jumpa mengejutkan cucunya, namun tidak berjaya.

“Nenek Leah kemudian masuk ke bilik tidur selepas dipanggil suaminya. Neneknya berasa ada sesuatu yang tidak kena dan terus melakukan CPR terhadap Leah. Begitulah, dia tidur dan tak bangun-bangun,” ujar Becky.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Tingkatan 2 Hamil Dirogol Sepupu Ketika Hari Keluarga

Dalam pada itu, Becky menambah, ahli keluarga dan anggota kecemasan mengambil masa selama sejam dalam cubaan membantu Leah. Namun, usaha mereka gagal. Leah dan anak dalam kandungan gagal diselamatkan.

“Leah merupakan individu yang paling tidak mementingkan diri sendiri yang pernah kamu temui dalam hidup. Tidak bermakna dia mempunyai kehidupan yang mudah, tetapi apa yang dia mahukan hanyalah mencintai dan disayangi sebagai balasan.

"Keluarga adalah perkara yang besar untuknya, dia akan selalu mengatakan dia akan menjadi seorang ibu,” kata Becky lagi.

Difahamkan, keluarga Leah masih mengunci mulut mengenai punca kematiannya.

Sumber: DailyMail UK
Kredit foto: ABC News

#Hamil #Meninggal Dunia #Tidur #Sekejap