Hiburan

Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”

gempak
Mya Amri
06/08/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Rody Kristal Kongsi Cabaran Hamil Anak Ketiga - “Tak Boleh Masak, Nak Pitam, Nampak Padang Bola Okay”
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman kini hamil anak ketiga.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Niena atau nama sebenarnya Nur Izwani Azwan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Tak boleh masak, mengemas, nak pitam

Bagaimanapun kata Niena, kehamilan kali ini agak berbeza dan memberikan sedikit cabaran buat dirinya.
“Mine me and Rody coming soon! Versi ketiga kami. Alhamdulillah, bukanlah satu perjalanan yang mudah tetapi syukur pada Allah segala rezeki yang diberikan.

“Kali ini cabarannya agak berat, tak boleh masak, tak boleh mengemas, nak pitam rasa tapi perkara yang sama semasa mengandung Adith dan Barie.

“Nampak padang bola atau gelanggang futsal, semua okay. Sorry encik Mi, next akan bermula dari C (nama anak), ada idea?” tulisnya.
Terdahulu, Rody mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Adithya Jabbar dan Barie Habibullah.

ARTIKEL BERKAITAN:“We Made It! Rasa Nak Nangis,” - Rody Kristal & Isteri Buka Cafe, Kecil Tapi Sempoi, Love Sangat!

ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Terdetik Nak Pakai, First Sekali…” - Cantiknya! Isteri Dah Bertudung, Rody Ucap Alhamdulillah

ARTIKEL BERKAITAN:“Mula-Mula Risau, Nak Hantar Pengasuh Ke Nak Ambil Maid?” – Niena Azman Hadapi Dilema Ibu-Ibu

ARTIKEL BERKAITAN:Baru Faham Perasaan Ibu Hamil Alami Alahan, Intan Najuwa Tak Boleh Lihat Pasu - “Saya Suruh Pembantu Rumah Alih, Sebab Rasa Nak Muntah”

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita Sarat Mengandung Mengidam ‘Karipap Kambing’ Penjara Kajang, Tiga Hari Berturut Cuba Nasib - “Pegawai Itu Bawa Saya Jumpa Seorang Sarjan Yang…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024