,
Suudu

Cakoi Thailand, 'Bucket List' Terbaru Dan Wajib Cuba Jika Ke Pulau Pinang

Hanafis Haris
18/07/2018
04:13 MYT
Lain negeri lain cara makan dan persediaannya. Kadang kala namanya pun berbeza. Sama jugalah dengan makanan popular chakuey atau lebih dikenali sebagai cakoi.
Bagi kaum Cina, cakoi kebiasaannya dimakan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya dan antara yang popular pula adalah di Ipoh dan beberapa lokasi di Pulau Pinang.
Namun, baru-baru ini tular pula satu lokasi gerai cakoi yang membuatkan ramai netizen terliur melihat gambar dan video yang dimuat naik.
Menurut pemilik akaun Atiqahy Hashim, gerai The Best Chakuey Pandan ini terletak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Berdasarkan posting gadis ini, The Best Chakuey Pandan mungkin antara homemade cakoi paling sedap setakat ini. Menurutnya, gerai ini juga harus dimasukkan dalam senarai tempat makan wajib dikunjungi jika ke Pulau Pinang.
Siapa yang tak teliur bukan? “Fresh made daily dan dimasak depan mata anda,” katanya di Facebook yang kini sudah menerima lebih 5 ribu perkongsian.
Menurutnya lagi, jenis cakoi ni antara kuih favourite di Thailand. Jika di sana, mereka memanggilnya sebagai pla thong kooo.
Teliur? Lokasi gerai ini terletak bersebelahan Petronas Batu Feringgi dan dibuka setiap hari bermula 3.30 petang hingga 7 malam.
Harga? 5 ketul RM1! Murah bukan? Jadi jika ke Pulau Pinang, pastikan anda singgah menikmati cakoi ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

gempak
20/07/2022
14:49 MYT
Ramai terkejut harga salad & kek Kim Kardashian.
drebar

Kesian, Penghantar Makanan Kena ‘Prank’, 40 Minit Tunggu Di Jirat Cina

gempak
05/02/2021
05:25 MYT
Dia turut menghubungi nombor telefon pelanggan misteri itu sebanyak 10 kali, tetapi panggilan itu tidak dijawab.
Gaya Hidup

Syurga Makanan! 4 Tips Ini Bakal Jadikan Gambar Anda Lebih Menyelerakan

gempak
10/06/2019
08:00 MYT
BorakSeeni