Pelakon, Qi Razali melahirkan rasa syukur atas penerimaan positif penonton terhadap lakonannya menerusi filem Babah yang penuh beremosi.
Menurut Qi, apa yang dicapai itu adalah hasil kerjasama semua barisan pelakon dan juga produksi.
“Satu cara macam dalam filem ini adalah kita cuba bawa orang masuk dalam perjalanan keluarga Babah itu sendiri.
“Andai kata lakonan kami semua berjaya buat orang tersentuh, syukur kita dah berjaya,” katanya kepada Gempak.
Tidak terlalu fikirkan soal anugerah
Dalam pada itu, berbicara mengenai soal anugerah, Qi berkata dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu.
“Kalau tercalon alhamdulillah, kalau tak ada pun saya gembira.
“Bagi saya kalau filem ini sudah pergi sejauh ini dan mendapat perhatian yang sedikit ini pun sudah cukup membuatkan saya gembira.
“Tak adalah mengharapkan anugerah tapi bila dengar pujian penonton adalah terbayang namun kita cepat-cepat sedar dan fokus balik pada kerjaya,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet
ARTIKEL BERKAITAN:“Bila Orang Cakap Saya Dah Tak Berlakon, Saya Tak Marah” - Cristina Suzanne Rupanya Fokus Besarkan Anak, Jarang Kongsi Kisah Di Media Sosial
ARTIKEL BERKAITAN:Bawa Watak Bapa, Qi Razali Menangis Kenang Arwah Bapa – “Dia Tak Pernah Tengking, Marah Dan Pukul Kecuali…”
ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Diam Rupa-Rupanya Qi Razali Sudah Bertunang, Bakal Nikah Tahun Depan - “Dia Orang Industri Tetapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Perut Buncit Dianggap ‘Baby Bump’, Sweet Qismina ; “Saya Takkan Terasa Sebab…”
Dalam perkembangan lain, filem Babah meraih kutipan sebanyak RM6 juta sejak mula ditayangkan di pawagam pada 5 Disember lalu.
Atas sambutan menggalakkan diterima, filem terbitan Nads Media Entertainment itu akan menembusi pasaran filem di Borneo termasuk negara seberang seperti Singapura dan Indonesia.