Viral
Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.
Menerusi kandungan berkenaan, dapat dilihat seorang isteri bertikam lidah dengan suami yang sibuk bercakap telefon semasa memandu kereta.
BERITA TRENDING: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian, selepas tidak diendahkan, wanita itu merampas telefon suaminya lalu mencampakkan peranti tersebut keluar daripada kenderaan.
“Isteri macam ni elok kena cerai talak tiga je...
Hantaran itu dimuat naik semula oleh satu akaun di Platform X di mana pengguna berkenaan mengkritik kandungan yang dipamerkan.
“Tak pasti sama ada video ni sekadar content atau memang benar. Tapi kalau content pun serius content kau macam...
“Isteri macam ni elok kena cerai talak tiga je. Apa punya s*al lah suami tengah telefon orang kau boleh campak telefon dia keluar sebab tak layan kau cakap,” getusnya.
Konten Bodoh?
Tinjauan ke ruangan balas mendapati rata-rata wargamaya bersetuju dengan apa yang disifatkan oleh pengguna itu.
PILIHAN PEMBACA: #Ketibus #Ketibas #Ketitam! Hashtag Lucu Jenama Deodorant Ini Bikin Netizen Terhibur
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 700,000 tontonan dan hampir 6,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video