Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

Asyikin Mayudin
18/09/2024 00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.

Bebas tak semestinya tak buat salah

Malah, Caprice turut memberi contoh seperti pendakwah selebriti iaitu Da’i Syed yang sebelum ini sudah bebas namun kemudian dijatuhkan hukuman 10 tahun dan tiga sebatan atas tuduhan merogol.

“Bebas tak semestinya tidak buat salah. Kes arwah Zayn Rayyan pun masih bebas. Dai tu pun dulu bebas jap. Akhirnya masuk juga (penjara),” katanya di Instastory.

Pada perkongsian yang sama, Caprice memberitahu dia tidak mengambil kisah mengenai individu yang sudah dibebaskan namun berasa bimbang dengan orang yang tetap memberi sokongan terhadap kesalahan itu.

“Cap tak kisah fasal dia bebas. Salah tetap salah. Yang lagi seram orang-orang yang tetap support apa dia buat. Tu lagi bengkap.

“Ibu-ibu dan bapa-bapa yang sokong mat pund*k tu... harap-harap korang ok la bila Achong, Abu, Alan yang berumur cakap macam ni dekat budak-budak sekolah,” ujarnya lagi.

Saman artis & influencer

Dalam pada itu, Caprice turut mengulas mengenai kenyataan dipercayai daripada peguam yang mewakili ‘Abang Bas’ mahu memfailkan saman terhadap selebriti dan influencer yang mengundang kecaman terhadap anak guamnya.

“Memang bunyi syok la nak saman artis / influencer. Sebab sudah tau kita kalau counter-saman balik pun tak akan, member mana ade duit,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Abang Bas’ Sebak Selepas Dibebaskan, Peguam ‘Pencil Box’ Hadir Ke Mahkamah Bantu Proses Pembayaran Wang Jaminan RM40,000

ARTIKEL BERKAITAN: "Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam Ulas Isu 'Abang Bas', Nani Roslan Mahu Sebar Kesedaran - "Lebih Kepada Sedih & Kecewa Bila Ada Ibu DM Minta Saya…"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Abang Bas' Didakwa Lagi Di Mahkamah, Sempat Tunjuk 'Mini Love'

Perkongsian Caprice itu dipercayai mengenai isu pemandu bas atau ‘Abang Bas’ yang sudah dilepaskan selepas membayar jaminan sebanyak RM40,000 pada Selasa.

#saman #Pemandu Bas #Caprice #Peguam #Abang Bas #Datuk Ahmad Zaharil #Isu Abang Bas
;