Laman Utama

Caprice Cari Dalang Penyebaran Video Bogel Remaja Perempuan 13 Tahun - “Cap Akan Cari Korang Sampai Dapat”

gempak
Izwan Isa
21/03/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Caprice Cari Dalang Penyebaran Video Bogel Remaja Perempuan 13 Tahun - “Cap Akan Cari Korang Sampai Dapat”
Selebriti media sosial Caprice menggunakan platform Instagramnya untuk memberi amaran kepada seorang individu lelaki yang didakwa menyebarkan video bogel bekas kekasihnya di laman sosial.
Lebih mengejutkan, mangsa merupakan seorang gadis remaja bawah umur dan baru berusia 13 tahun.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Caprice dilihat gusar dengan perkara tersebut dan bertindak memberi amaran kepada sesiapa yang terlibat untuk memadam semua video berkenaan.
“Ramai yang DM saya untuk bercakap pasal ni, dan minta tolong saya. Seorang budak atau ex-boyfriend pergi sebar dan jual video bogel ex-girlfriend dia yang berumur 13 tahun. Saya ulang 13 tahun.
“Lebih teruk, orang ramai DM akaun berkenaan dan minta video yang dimaksudkan. Sebagai sorang ayah, ini adalah amaran pertama dan terakhir.
“Saya akan kerjasama dengan pihak polis, MCMC dan geng-geng hacker. Sesiapa yang terlibat, yang sebar video, yang minta, saya akan cari korang sampai dapat. Sampai masuk dalam,” katanya.
Caprice berkata, perbuatan berkongsi video kanak-kanak di bawah umur merupakan satu kesalahan jenayah.
“Ugut dan sebar video bawah umur merupakan satu jenayah. Korang ada enam jam untuk delete semua video.
“Berita-berita macam ni menyebabkan saya tidak memberikan anak saya telefon pintar. Kalau dia nak belajar, kita beli buku. Kalau dia nak main, kita beli mainan. Senang,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respons positif terhadap tindakan Caprice dalam memberikan amaran kepada individu berkenaan.
Seorang netizen pula turut mengkritik mereka yang tidak mempunya rasa empati kerana menyalahkan mangsa kerana berkongsi video sedemikian rupa.
“Thank you Cap. Kesian adik tu. Jahat betul la orang yang sebarkan. Semoga dapat tangkap orangnya.
"Kepada yang takda empati kata kenapa bagi. Senang je kau nilai. Dia muda lagi mana kau tahu kalau dia tak kena grooming atau apa. Hanya kerana benda tak jadi dekat keluarga sendiri senang-senang je kau cakap kan. Ingat kifarah ada ya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live