Hiburan

Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."

Asyikin Mayudin
25/04/2024
02:55 MYT
Semakin banyak perkara yang dibongkarkan berhubung kontroversi melibatkan rumah tangga pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz selain beberapa nama selebriti lain juga dipetik terlibat sama termasuklah penyanyi rap, Caprice.

Tunjuk Bukti Bella Curang

Menerusi pendedahan di Instastory, Caprice turut mendakwa, Aliff ada menghubunginya dan menunjukkan bukti-bukti Bella berlaku curang dengan pelakon baharu, Muaz Zabir.
“Selepas the video went up, Aliff ada contact Caprice dan bagi tahu sebenarnya semua pihak ada kes tidak setia dalam hubungan rumah tangga.
“Macam biasa, Cap minta bukti sebelum buat apa-apa content. Aliff tunjuk kepada saya 400++ gambar, video, tiket penerbangan isterinya dan Muaz,” kongsinya.

Nasihat Aliff Buat Laporan Polis

Malah Caprice juga memberitahu dia ada menasihati penyanyi kelahiran Singapura itu untuk menyerahkan segala bukti kepada pihak berkuasa dan Aliff sudah bertindak sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Cap nasihat Aliff serah segala bukti 400++ foto, video kepada pihak polis. Dia buat sebelum raya, cuma dia tidak bagitahu siapa-siapa, media atau buat posting,” dedahnya lagi dengan berkongsi foto Aliff memegang laporan polis.

Terima Panggilan Telefon Daripada Bella

Dalam pada itu, Caprice turut memaklumkan dia menerima panggilan telefon daripada Bella yang memintanya untuk menurunkan video kecurangannya kerana bimbang anak-anak melihat.
“Selepas Cap post konten Bella dan Muaz, tak sampai 20 minit, Bella telefon dan minta Cap turunkan video tersebut sebab takut anak-anak dia nampak.
“Cap cakap okay, cuma selepas berita pasal Muaz tu keluar, ada mangsa-mangsa lain yang DM Cap dan minta tolong. Kita share dengan Bella dan dia pun setuju untuk jumpa,” ujarnya.
Selain Caprice, nama pelakon Emma Maembong dan adiknya, aktres Chacha Maembong turut terlibat dalam isu yang sedang hangat diperkatakan.
Terdahulu, wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine membuat satu lagi pendedahan berkenaan seorang individu lelaki dipercayai penyanyi rap, Caprice.
Sarah menerusi hantaran di IG Story miliknya mendedahkan bahawa individu berkenaan telah mengetahui terlebih dahulu mengenai hubungan cinta Aliff dan Ruhainies.
Tidak cukup dengan itu, Sarah juga turut memberikan gambaran seolah-olah perjuangan individu tersebut terhadap Palestine hanya demi konten semata-mata.
Sarah terlebih dahulu telah membuat pendedahan dengan berkongsi beberapa paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Menerusi perbualan NRF itu juga, nama ‘Emma’ dan ‘Chacha’ juga dipetik mengutuk Bella dengan mengatakan hanya orang tidak bijak saja mempercayai kisah penyanyi dah pelakon itu.
Emma bagaimanapun menerusi video yang dikongsikan di Instagram mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai khabar angin melibatkan isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah.
Manakala Chacha juga memuat naik video memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan dan mendedahkan perbualannya dengan Ruhainies bertanyakan mengenai dakwaan dia mengutuk Bella.

BERITA TRENDING: Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”

BERITA TRENDING: Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.