Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cari Kelainan, Penerbit Filem 'Siapa Tutup Lampu?' Pilih Pengarah Indonesia - "Saya Mahu Sesuatu Yang Mudah Diterima Penonton"

Amri Hassan
06/07/2024 09:49 MYT
Demi menyuntik kelainan dalam filem Melayu sulungnya, penerbit Punnagai Poo Gheetha daripada SG Entertainment & Advertising memilih sutradara Indonesia, Reka Wijaya sebagai pengarah filem Siapa Buka Lampu?

BERITA TRENDING: Isu Lagu Pulangkan ‘Berhantu’ Sampai Masuk Dalam Mimpi, Ajai Dedah Tok Ram Pun Pernah Alami Kejadian ‘Pelik’!

Bukan menidakkan kemampuan pengarah tempatan, tetapi menurut Punnagai Poo Gheetha atau mesra disapa Gheetha, sebagai penerbit dia telah mengatur strategi pemasaran agar filem Siapa Buka Lampu? dapat dipasarkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga negara serantau.

“Saya mahu sesuatu yang mudah diterima penonton tetapi dalam masa sama ada sentuhan yang menggabungkan elemen tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan juga Thailand.

“Selain filem ini tentang parodi hantu-hantu popular, pengarah, kru dan pelakon juga merupakan gabungan daripada tiga buah negara.

“Oleh itu, penonton dapat merasai ‘rasa’ Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam sebuah karya. Justeru, pemilihan Reka Wijaya untuk filem ini adalah tepat,” kata Gheetha yang telah menerbitkan 11 buah filem Tamil di India.

BERITA TRENDING: "Balik Jer Tidur Mesti Kena Tindih, Sampai Tak Boleh Bernafas" - Elvina Mohamad

BERITA TRENDING: Filem Rahsia Tembusi Pasaran Kemboja, Tukar Judul Bahasa Lokal ទាយាទស្នងអាគម

BERITA TRENDING: Seram Sejuk Faizal Hussein 'Jadi' Pengamal Ilmu Hitam - "Masa Kecil-Kecil Dulu Pernah Dengar Cerita..."

Kos RM1.3 juta

Berbicara tentang cabaran pembikinan filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta itu, jelas Gheetha bukan mudah untuknya memegang dua posisi serentak iaitu selaku penerbit dan juga pelakon.

“Tekanan yang dihadapi sebagai seorang penerbit cukup tinggi, begitu juga dengan pelakon.

“Saya memikul kedua-dua tugas serentak sememangnya cukup mencabar. Saya perlu memastikan tekanan tidak terlihat pada wajah sewaktu penggambaran berlangsung,” luah Gheetha yang juga seorang pengacara dan penyampai radio tempatan di stesen radio Raaga.

Selain Gheetha, pelakon dan pelawak Ammar Titan turut membintangi filem bergenre komedi seram ini selepas membintangi filem Siapa Tutup Lampu? yang diterbitkan pada 2021.

“Filem Siapa Buka Lampu? boleh dikira seperti sebuah filem francais yang menggunakan judul dan konsep yang sama tetapi barisan pelakon yang berbeza.

“Dalam filem ini saya bergandingan dengan Qasrina dan pelawak yang faham bagaimana untuk mempersembahkan sebuah karya komedi,” ujar Ammar.

Masalah komunikasi

Sambung Ammar cabaran terbesar yang dihadapi ketika penggambaran adalah masalah komunikasi kerana pengarah dan kru berasal dari Indonesia.

“Filem ini bergenre seram komedi dan cara orang Malaysia berlawak dengan Indonesia agak berbeza. Kelakar bagi kami, tidak bagi pengarah (ketawa).

“Jadi, kami harus mencari titik temu agar semua pihak berpuas hati menerusi perbincangan dan juga latihan. Bekerja dengan pengarah Indonesia, bagi saya sangat berbeza kerana pemikirannya tidak sama dengan pengarah di Malaysia.

“Satu pengalaman yang bagus untuk saya dan diharap penonton akan memberikan sokongan kerana filem ini sangat kelakar dan mampu menghilangkan tekanan anda,” kata Ammar lagi.

Selain Gheetha dan Ammar Titan, filem Siapa Buka Lampu? yang telah mula ditayangkan di pawagam pada 4 Julai lalu turut dibintangi oleh Qasrina Karim, Azhar Jalil, Angie Ang, Gesya Shandy, Issey Fazlisham, Bell Ngasri, Tia Tavee, Mamak Puteh dan Geoff Feyaerts.
#Viral #Indonesia #Pengarah #Penerbit #Siapa Tutup Lampu #Punnagai Poo Gheetha