Skip to main content

Viral

Catat Semua A Dalam Peperiksaan, Aaron Aziz Bangga Pencapaian Anak - “Siapa Kata Anak Singapura Tak Boleh Berjaya..”

anak-aaron-aziz.jpg

Anak perempuan kepada aktor kacak Datuk Aaron Aziz, Dwi Ariana mempamerkan keputusan peperiksaan di dalam International General Certificate of Secondary Education (IGCSE). 

Menerusi laman sosial Instagram, Aaron berkongsi momen sewaktu meraikan kejayaan anaknya dalam sebuah hantaran video. 

“Tabarakallah alhamdulillah @dwiarianaaaron skor semua A dan A+ untuk peperiksaan (IGCSE). @diyanahalik please dont forget the reward you promised her. Congrats kak, you make us proud!!” tulis Aaron di ruangan kapsyen. 

Dalam perkongsian berdurasi kurang satu minit itu menunjukkan Ariana menangis sewaktu mendapat keputusan peperiksaan sambil dipeluk oleh ayah dan ibunya, Datin Diyana Halik. 

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pujian wargamaya yang rata-ratanya menyatakan anak-anak Aaron bijak-bijak belaka. 
 

Must-Watch Video

Advertisement