Filem muzikal fantasi Cats dipilih sebagai penerima Anugerah Razzie untuk filem terburuk tahun 2019.

Menurut laporan Reuters, filem ini terpilih berdasarkan enam kategori termasuklah skrip terburuk, pengarah terburuk dan lakon layar terburuk.

Selain itu, James Corden dan Rebel Wilson masing-masing turut dinobatkan sebagai pelakon pembantu lelaki terburuk dan pelakon pembantu wanita terburuk.

Filem dibintangi Judi Dench, Taylor Swift dan Idris Elba memaparkan pelakonnya memakai kostum dengan dibantu imej janaan komputer (CGI).

Pada hari tayangannya, filem ini hanya meraih kutipan AS$70 juta (RM302 juta) berbanding kos pembikinan yang menelan sehingga AS$100 juta (RM432 juta).